Sunday, May 9, 2010

hari ibukah hari ini?

Assalamualaikum...

tersentak seketika bila aku mendapat tahu bahawa hari ini hari ibu. anak derhakakah aku kalau aku lupa tarikh ini? huhu... mintak jauhlah.

gambar mak dan bapak aku...:)


hari ni memang kalau buka facebook, kita tengok kat status, memang ramai orang post status ucapan hari ibu. ada yang berbentuk penghargaan, berbentuk persoalan dan sebagainya. tahniah kepada mereka-mereka yang dah pun mengucapkan hari ibu kepada ibu-ibu mereka. jangan post status je kalau boleh, telefon terus..;p

bercakap pasal sambutan hari ibu ni, ada orang cakap haram, ada orang cakap boleh. tapi bila aku baca-baca balik sejarah hari ibu ni dia ada kaitan dengan mitos greek yang ada kaitannya dengan ibu tuhan mereka. tapi aku mengambil kira pendapat salah seorang ilmuan yang berpendapat bahawa amalan-amalan seperti ini di kira harus atas beberapa alasan iaitu:
1. amalan manusia tidak statik (mengalami evolusi), jadi tak semesti ianya akan salah selamanya.
2. dalam kes hari ibu sekarang ni ianya dah tiada kaitan dengan mitos geek.
3. memperingati hari ibu ketika ini jauh beza seperti memperingati hati valentine, kerana hari ibu ketika ini khusus untuk memperingati kaum hawa yang bergelar ibu bukan memperingati dewa, tokoh atau simbol tertentu.
4. sedangkan penggunaan bulan-bulan gregorian sesetengahnya menggunakan nama-nama dewa rom dan yunani tetapi pada pemikiran umum langsung tidak tahu mengenai perihal ini.


walau apa pendapat atau perbincangan mengenai hari ibu ni. bagi aku, hari-hari merupakan hari ibu bagiku. teringat ketika mak peluk aku kerana berjaya dalam peperiksaan, betapa gembiranya beliau ketika itu. mak, insyaallah yudin jadi anak yang baik. jasamu akan sentiasa dikenang. tiada apa yang dapat membalas jasa ibuku. apa yang mampu aku lakukan hanyalah doa yang tidak putus dan kejayaan hidup dunia akhirat. insyaallah~

aku sayang mak aku.


bila bercakap pasal hari ibu ni tiba-tiba teringat lagu ni... sedikit halwa telinga buat santapan rakan-rakan. sekian dari aku... seorang anak...

No comments:

Post a Comment