Saturday, May 1, 2010

hari buruh atau hari pekerja?

Assalamualaikum...

sedar tak sedar usia aku pun dah semakin lama semakin meningkat dan ia bermaksud usia aku semakin pendek bukan? urm... kadang2 bila tengok balik gambar2 aku, buat aku berfikir seketika "layakkah aku hidup hingga ke hari ini?", "layakkah aku?".

hari ini aku masih lagi bergelar sebagai pelajar, esok lusa mungkin tidak lagi. akan datang mungkin aku bergelar guru. insyaallah~ hari ini aku masih boleh bergembira bersama rakan2. akan datang? mungkin aku akan bergembira dengan keluarga.

bercakap pasal kehidupan dengan bekerja, ia memang masih diluar jangkaan aku. memang tak dinafikan kehidupan sebagai seorang pelajar memang menyeronokkan lebih2 lagi jika ianya terisi dengan aktiviti yang bermakna bersama rakan2 berbanding kehidupan seorang yang berkerja.

di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua orang yang dah pun bekerja. ada orang cakap hari buruh, tapi apa2 pun semua tu merujuk kepada mereka yang dah bekerja. jadi harapan aku agar semua orang yang bekerja meningkat prestasi kerja masing2 dan buat yang terbaik untuk masa dengan diri, keluarga dan masyarakat semua! sekian~

No comments:

Post a Comment