Sunday, May 2, 2010

gua tempurung... life at perak~

Assalamualaikum...

seorang rakan aku pernah bercerita "aku bagitahu mak aku nak pergi gua tempurung, mak aku marah". rupa-rupanya bukan marah sebab tak bagi pergi, tapi marah kalau dia tak pergi. tersentak kejap aku. nak sambung cerita lagi dia ada cakap yang sebelum habis, sebelum kahwin, sebelum ada anak, sebelum bekerja ni dia ada menanam cita-cita nak mencuba semua aktiviti luar, melancong dan sebagainya bersama rakan-rakan.

bercerita pasal melancong dan mencuba aktiviti-aktiviti luar yang mencabar ni, semalam aku dan rakan-rakan lain dah pun berjaya menawan gua tempurung (poyo je ayat... hehe). dengan kata lain aku dan rakan-rakan lain dah pun berjaya masuk ke dalam gua tempurung. secara keseluruhannya memang aku sangat seronok dan gembira dan harapan agar rakan-rakan yang lain pun macam tu juga. lepas ni bolehlah cerita kat anak murid ye kawan-kawan...

tempatnya gua tempurung dan pakej yang diambil ialah yang paling mencabar "grand tour". pengalaman yang amat bermakna. berikut merupakan sedikit sebanyak gambar kenang-kenangan yang sempat kami tangkap. snap!!

breakfast like a king!


aku dan wajaians (tiru orang cakap)


dah sampai di tempat letak kereta gua tempurung


sebahagian kawan-kawan yang ikot.


menunggu giliran nak masuk gua...


di pintu masuk gua tempurung.


kat dalam gua


sempat posing ye...


balik kami singgah di R&R simpang pulai. mandi-mandi dan makan..


terima kasih kepada semua rakan-rakan yang join trip ni. anda semua memang sempoi~ aku harap rakan-rakan semua gembira. lepas ni trip kami dijangka akan ke pantai timur. nantikan kami perhentian island... still in planning... adios~

No comments:

Post a Comment