Tuesday, May 4, 2010

jangan baca ja...


Assalamualaikum...

hidup sebagai seorang muslim memang tak lari dari membaca surah al-fatihah. ya... solat. kalau dikira ikut jumlah rakaat kita akan membaca 17 kali surah al-fatihah setiap hari. alangkah bagusnya kalau kita faham setiap terjemahan ayatnya. post aku ni sekadar peringatan kepada kawan-kawan yang tak berapa ingat tu untuk ingatkan balik, dan bagi sesiapa yang dah ingat tu semakin khusyuk dalam solatnya... insyaallah~


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
maha pemurah lagi maha penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
yang menguasai hari pembalasan.

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya Engkaulah tempat kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(iaitu) jalan yang engkau telah berikan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.

ingatlah kawan2, surah al-fatihah merupakan salah satu doa, dan Allah amat suka kepada hambanya yang berdoa. sesungguhnya banyak lagi fadhilat yang kita tak tahu dengan membaca al-fatihah. oleh itu, kalau ada yang baik ambillah pengajaran dan kalau ada yang tak baik tu buang jauh-jauh ye. sekian wallahua'lam~

2 comments:

  1. alfatihah...
    kadang kita terlintas nak baca tika terdengar kematian...
    tanpa kita sedr, suatu hr nnti akan ada yang mebaca fatihah utk kita....

    so, bacalah fatihah sblm kamu dibacakan fatihah....hehe...ok x?

    ReplyDelete
  2. yup... tingkat iman... kurangkan maksiat... insyaallah~ ;p

    ReplyDelete