Assalamualaikum...
bila sebut je pasal drama terbitan tv3 ni aku rasa semua orang tahu. sehinggakan ada yang sanggup tak turun padang bermain demi untuk menonton drama ini dan baru-baru ini pula keluar kuiz di dalam laman sosial facebook berkenaan dengan watak dalam cerita ini.
perasaan ingin tahu membuatkan aku juga ingin menonton drama percintaan ini. baru-baru ini aku dengan kawan-kawan yang lain sudah pun berjaya menghabiskan drama 23 episod ini dalam tempoh 2 hari secara marathon... haha~ seronok juga walaupun jiwang.
namun, terdapat pelbagai unsur kepincangan terdapat dalam drama ini yang tak aku gemari. kepincangan ini amat merbahaya dan mampu mempengaruhi orang ramai terutamanya golongan remaja.
kepincangan pertama yang aku lihat di mana perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di dalam sebuah rumah tanpa ikatan perkahwinan. perlakuan tidak senonoh ni kita dapat lihat dalam watak cik syazelin dan teman lelakinya yang psycho tu. mana boleh hidup sebumbung kalau belum berkahwin. teruk betul...
kepincangan kedua pula aku dapat lihat pada kriteria pemilihan calon isteri yang dijelaskan oleh sahabat adam bernama shahrom. dalam perbualan antara kedua orang sahabat ni shahrom ada menjelaskan kriteria pemilihan isteri di mana isterinya (syazelin) mempunyai kesemua ciri-ciri yang diidamkannya iaitu keturunan yang baik, paras rupa yang elok dan mempunyai harta. aku tercari-cari dimana kriteria agama sedangkan kriteria itu yang paling penting.
kepincangan ketiga pula dari aspek kehidupan berkeluarga, bagaimana seorang isteri yang curang keluar rumah dengan lelaki lain dan suami hanya mampu melihat tanpa menegur isteri. lelaki kategori ini boleh dikatakan dayus kerana seorang suami mesti ada sifat cemburu dan wajib menegur jika isteri membuat kesalahan. bukan sekadar menjalankan tanggungjawab memberi nafkah. hidup tak semudah itu...
terdapat banyak lagi kepincangan sebenarnya dalam drama ini, pandai-pandailah menilainya. aku risau masyarakat kita hari ini mudah terpengaruh melalui drama-drama seperti ini. ini merupakan cara halus 'mereka' hendak meruntuhkan akhlak umat islam dengan menjadikan kepincangan seperti sesuatu yang sudah biasa dalam kehidupan masyarakat. aku harap kita yang berpendidikan ni tahu membezakan mana yang baik dan mana yang tak baik.
apa-apa pun seronok juga melayan cerita-cerita macam ni. al-maklumlah terpaksa menunggu sehingga saat akhir cuti dek kerana taklimat praktikum yang aku perlu hadir khamis ini. kalau ikutkan hati dah lama aku balik rumah. ok lah siapa-siapa berminat nak tengok cerita ni bolehlah download di internet ye. daa~
maaflah kalau aku komen yang negatif je. tapi tak dinafikan ada positifnya cerita ni. adam bapak yang baik kan? hik3...
ReplyDelete