Assalamualaikum...
cuti aku kali ni memang penuh dengan berjalan. memang seronoklah. tapi tak salah kalau cuti tu ada pengisian sikit kan? baru-baru ni lepas je hantar anak saudara member kat DQ kami pun meneruskan perjalanan ke rawang untuk tumpang tidur kat rumah member.
dalam perjalanan tu kami sempat singgah kat sebuah masjid kat area bukit sentosa, di daerah hulu selangor untuk sembahyang maghrib. lepas je sembahyang tu ingat nak terus je balik, tapi tiba-tiba seronok pula dengar ceramah seorang ustaz ni.
tajuk ceramah ringkas dan padat ustaz tersebut adalah berkenaan tajuk "hak muslim terhadap muslim yang lain". tajuk ini memang kena dengan situasi umat sekarang. hadis yang dimaksudkan adalah:
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah saw bersabda: ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah.
1. menjawab salam:
kalau kita tengok umat islam zaman sekarang ni, bagi salam hanya pada orang-orang yang mereka kenali sahaja. bukan nak cakap oranglah, aku sendiri pun sama (huhu.. berubah berubah~)
2. mendoakan kepada orang yang bersin:
kalau kita tengok orang sekarang ni kalau bersin "haaatchummm!!!... excuse me". amboi... speaking. tapi apa dapat? bersinkan antara tindak balas badan melawan penyakit. jadi kita bersin sebab nak sembuh. kan bagus kalau bersin tu "haaatchummm!!! Alhamdulillah...;p". lepas tu kalau ada rakan sekeliling tu doakanlah dengan menjawab "yarhamkallah...". yang bersin pula ada jawabnye... pergi cari sendiri jangan malas... ;p. nampak tak situasi orang sekarang ni. jadi apa kata kalau kita berubah lepas ni.
3. menyahut undangan:
untuk isi yang ketiga ni memang kena dengan situasi masyarakat sekarang ni. masing-masing tahukan apa hukum menerima undangan. kalau tengok orang sekarang ni kalau dijemput undangan banyak betul alasannya. kadang-kadang jemput tak datang ok lagi mungkin ada sebab yang penting, tapi ada setengahnya pula jiran sebelah rumah, seagama pula tidak dijemput pun. pelik aku tengok. tak apalah kita renungkan bersama ye...
4. menziarahi orang sakit:
perkara yang susah kita nak buat. padahal itu hak kita sebagai muslim kepada saudara kita. bukan apa, melawat orang sakit ni buat kita sedar diri. bersyukurlah kita sihat. ada rakan-rakan lain tak bernasib baik macam kita. kan?
5. mengiringi jenazah:
hak yang terakhir ni kalau tanya kat kita orang-orang muda ni boleh di kira berapa kali je mengiringi jenazah. bukan dalam mengiringi je, pengurusan jenazah secara keseluruhannya, boleh ke agak-agaknya ye? apa-apa pun jangan sampai satu kampung tak ambil tahu sudahlah. kalau dah sampai tahap tu tak ke berdosa namanya? fardhu kifayah kan? kita ni anak-anak perlu sebenarnya tahu cara menguruskan jenazah. kemudahan untuk masa akan datang. anak-anak lebih afdhal mengurus jenazah ibu bapanya. aku boleh ke? huhu...
baiklah, setakat itu sahaja perkongsian aku untuk post kali ni. ingatlah hak-hak muslim tehadap muslim yang lain ini, semoga apa yang baik tu kita jadikan pedoman dan panduan. kalau boleh kita sama-sama perbaiki diri. biasalah umat zaman kita ni iman naik turun, jadi kalau rasa-rasa buat salah cepat-cepatlah beristighfar. semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan rahmat kepada kita.
No comments:
Post a Comment