Wednesday, June 30, 2010

hari ini dan semalam...

Assalamualaikum...

sebenarnya tajuk kat atas tu saja nak beritahu perjalanan praktikum aku hari ini dan semalam. setakat ni semakin hari semakin baik dan harapan agar sepanjang praktikum ni baik-baik aje.;p jauh dah tak menjadi masalah sekarang ni, aku dah mula seronok dengan sekolah ni.


semalam, oleh kerana minggu ni masa aku lebih banyak pada pengurusan dari segi portfolio dan bertemu guru pembimbing, jadi ada masa free je mesti kami menjadi sasaran. oleh itu, semalam aku dan rakan sepraktikum aku (malek) bersama-sama pk kokurikulum sekolah telah pun membawa peserta sekolah untuk menjadi wakil pertandingan lalu lintas shell peringkat negeri yang diadakan di taman DR, ipoh. dapat kenal-kenal dengan murid kelas pandai. ok je semuanya... (kelas pandai ye... jangan seronok sangat) seharian kami di sana, memang penat tapi nasib baik ada makanan free.;p

untuk hari ni pula, masa aku banyak habis di dalam bilik guru je. sempatlah juga aku buat persiapan buku persediaan mengajar dan sedikit draf untuk penyataan profesional sebelum praktikum (baru nak buat. huhu...)

lepas rehat aku dan malek telah pun dijemput untuk tengok-tengokkan murid-murid yang bakal menyertai pertandingan robotik dan eureka. pengalaman baru ni. aku sendiri pon tak pernah sentuh permainan robot tu. tapi budak-budak ni semua dah pakar. huhu... macam kami ni kalau nak bagi idea bolehlah. tapi kalau nak sembang pasal robotik tu kalahlah...;) untuk pertandingan eureka (tak tahu betul tak ejanya...) ni pula lebih kepada bentuk persembahan di mana murid-murid akan buat satu model rumah menggunakan sistem pengudaraan tersendiri yang akan membuatkan rumah tu nyaman sentiasa. dengan bantuan dan tunjuk ajar pk model tu insyaAllah akan siap dan murid-murid tu sendiri akan persembahkan model rumah tu sewaktu pertandingan kelak dalam bentuk powerpoint presentation.

harapan aku agar murid-murid ni semua berjaya. tapi hari ni aku jumpa seorang murid ni memang banyak cakaplah. asyik bercakap je sambil buat kerja. kelakar juga tengokkan. memang tak larat aku nak melayan. adeh~

3 comments:

  1. aishh. . .ni budak2 sekolah pandai ni...mempunyai minda yang kreatif dan inovatif. . ai2..cikgu memang xboleh nak lari dari makanan free hahaha

    ReplyDelete