Assalamualaikum...
hari jumaat merupakan hari bacaan yaasin perdana. tapi sebelum bermula bacaan yaasin hari ni ustaz faiza selaku ketua dan pengacara majlis untuk majlis bacaan yaasin tersebut telah memulakan majlis dengan sedikit tazkirah pagi yang ringkas kepada murid-murid sk manjoi 1.
tazkirah ringkas pada pagi tersebut berbentuk cerita kisah ulamak terkenal bernama ibrahim adham. kisah yang diceritakan adalah mengenai anak murid ibrahim adham yang ingin keluar untuk mencari pekerjaan.
ringkasnya, dalam perjalanan beliau keluar mencari pekerjaan tersebut, beliau terlihat seekor burung yang cacat sedang meronta mencari makanan. kemudian datang beberapa ekor burung yang sama mendekati burung cacat tadi dengan membawa makanan. kemudian burung-burung tersebut memberi makanan di dalam mulut mereka itu kepada burung yang cacat itu tadi,
maka, baliklah anak murid ibrahim adham dengan serta-merta setelah melihat kejadian tersebut dengan seribu satu persoalan dan berjumpa dengan ibrahim adham. bertanyalah anak murid ibrahim adham "tuan, sebentar tadi saya telah melihat seekor burung cacat dalam perjalanan saya mencari pekerjaan. kemudian datang burung-burung lain memberi makanan kepada burung cacat tersebut. alangkah baiknya kalau saya menjadi seperti burung cacat tersebut."
kemudian ibrahim adham pun menjawab "alangkah baiknya kalau kamu menjadi burung-burung yang menolong burung cacat tersebut".
***
kesimpulan yang kita boleh perolehi berdasarkan cerita ini adalah, orang yang memberi sesungguhya lebih baik daripada orang yang menerima. mesejnya jelas dan kita sebagai umat islam hendaklah berusaha mencari rezeki yang halal tanpa meminta-minta. berusaha berjaya... insyaAllah...
*mana nak cari buku pasal ibrahim adham ni ek? hurm~
aku baru 1st time dengar cerite ttg ibrahim adham nie.bagus le ustaz tue dan bagus jugak ko story kt sini....at least dpt aku bace..
ReplyDeletesbnrnye bnyk lg cter psl ulama' ni.. try la browse tenet... bnyk...
ReplyDeletearigatok...
ReplyDelete