Monday, June 28, 2010

jadilah isteri yang solehah...;)

Assalamualaikum...

baru-baru ni travel mana-mana majoriti pengangkutan yang aku pakai adalah kereta (tapi bukan kereta akulah, aku tak ada kereta lagi). apa yang seronok bagi aku kalau naik kereta ni sebab ada radio. boleh memandu sambil menyanyi sambil hilangkan bosan. hehe...

baru-baru ni aku sempat menaiki kereta abang ipar aku berjalan-jalan. pergi mana? aku dah cerita kat post terdahulu. abang ipar aku ni jenis yang suka dengar ceramah agama kalau naik kereta. walaupun kadang-kadang aku cuak kalau dia bawa kereta (cekap... memang salute!).

terdengarlah tiba-tiba satu cerita oleh penceramah yang tak asing lagi berasal dari ipoh, iaitu ustaz kazim berceramah perihal rumah tangga dan hubungan suami isteri. ceritanya ringkas dan aku pun pandai juga bab-bab meringkaskan lagi cerita. tapi apa yang baik ambillah pengajaran ye...

ceritanya berbunyi begini... zaman dahulu ada dua orang adik beradik yang sangat rapat perhubungan sebagai abang dan adik. mereka berdua ni memang duduk berjauhan disamping keluarga masing-masing ibarat seorang duduk di alor setar dan seorang lagi duduk menetap di johor bharu (jauh kan? ish3...)

nak dijadikan cerita, suatu hari si adik ni pun datanglah dari jauh menjenguk abangnya ketika cuti. sampai sahaja di rumah si adik ni pun memberikan salam "Assalamualaikum... abang, ni adik datang dah lama tak jumpa abang." setelah agak lama barulah kedengaran orang menyahut "Waalaikumsalam... la, masuklah abang kamu keluar pergi cari kayu api dari pagi tadi tak balik-balik. akak tak tahulah apa nak jadi dengan abang kamu tu, kerja asyik nak tidur je, akak jugalah yang hari-hari nak kena ketuk dia suruh bangun kerja... bla bla bla...' leteran isteri si akak ni berlanjutan sehingga si adik ni naik bosan.

tak berapa lama kemudian, baliklah si abang dengan keadaan yang penat dan termengah-mengah (maklumlah bekerja keras membanting tulang). di samping abang itu kelihatan seekor harimau mengangkat kayu hasil pencarian abang tadi kat hutan. kemudian kayu itu diambil dan beredarlah harimau dari situ. kat dalam rumah tak sempat si abang nak rehat, akak tadi datang sambil menyambung leterannya. dalam hati si adik "kesian abang aku ni, kerja keras hari-hari untuk dimarahi sahaja". tak lama tu pulanglah si adik ke tempat asalnya.

***

setahun berlalu, si adik datanglah lagi ke rumah abangnya. benda ni dah seperti menjadi rutin tsi adik untuk melawat abang yang duduk jauh ni. seperti biasa, setelah sampai di rumah abang, si adik pun memberi salam "Assalamualaikum... abang ni adik datang". setelah beberapa lama kemudian datanglah seorang wanita menyahut "Waalaikumsalam, abang kamu keluar tadi pergi mencari kayu di hutan agaknya." tapi yang peliknya perempuan kali ini bukanlah perempuan yang sama seperti tahun sebelum ini si adik melawat si abang. si adik mendapat layanan yang istimewa daripada perempuan itu (dihidangkan air sebagai kudapan... jangan fikir lain ;p).

tak lama kemudian baliklah si abang dari hutan dengan membawa bebanan kayu di belakangnya. kali ini tak ada pula harimau bersamanya. sebelum masuk ke rumah si abang di layan baik oleh perempuan tadi. masuk dalam rumah duduk atas kusyen pula dapat urutan yang kelihatan sangat selesa. "owh, lupa nak kenalkan kat kamu, ni isteri abang yang baru." si adik ni memang hormatlah tak cakap apa-apa pun.

setelah beberapa lama si adik ni pun minta diri dari si abang untuk balik rumah. tapi dalam hati adik ni banyak persoalan yang dia nak tanya. sebelum balik si adik pun pergilah mendekati si abang dan bertanya "bang, mana isteri abang yang dulu tu?". "owh, isteri yang lama tu abang dah ceraikan sehari selepas kamu balik tahun lalu". si adik ni masih tak puas hati sebab ada lagi yang dia nak tanya. jadi tanyalah "urm, hari tu saya nampak abang balik kerja dalam keadaan penat sambil ada harimau yang bawakan kayu abang, mana harimau tu? kenapa dia tak ada pula kali ini?". si abang pun menjawab "owh, dulu akak ipar kamu tu memang kerja asyik nak berleter je. tiap kali abang balik mesti berleter, pagi petang siang malam sampaikan harimau sanggup tolong abang angkat kayu api memandangkan bebanan yang abang tanggung hari-hari. tapi bila abang dah ceraikan akak kamu dan berkahwin baru, akak kamu yang ni memang jaga abang baik-baik, ikot cakap abang dan jadi isteri yang soleh. kali ni harimau dah tak nak tolong abang sebab abang dah pun bahagia."

macam mana cerita ni? walaupun aku rasa cerita ni tak lah seronok sangat tapi pengajaran dalam cerita ni memang banyak. antara pengajarannya:
- jadilah isteri yang solehah, itu memang amat penting.
- Allah akan sentiasa membantu para suami yang sentiasa bersabar dengan kerenah isterinya dan permudahkan jalannya untuk mencapai sesuatu.
- suami hendaklah sentiasa bersabar dengan isteri yang kuat berleter.
- suami isteri hendaklah saling memahami antara satu sama lain.
-seterusnya korang carilah sendiri ye... banyak pengajarannya ni.

sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment