Assalamualaikum...
dengan rasminya, hari ini merupakan hari pertama aku berpraktikum di sekolah kebangsaan manjoi 1. perjalanan ke sekolah yang mengambil masa lebih daripada 20 minit bagi setiap perjalanan itu ternyata lebih lama dan lebih jauh daripada sekolah praktikum aku sebelum ni.
terasa semacam satu perasaan rindu pula dengan sekolah praktikum lama aku ni bila sampai di sekolah tu. biasalah first impression, bila tengok sekolah dan murid-murid di sekolah tu terasa macam tak seronok. huhu... ya Allah kuatkanlah hambaMu ini.
cikgu sekolah ni awal-awal lagi dah cakap kat kami "murid-murid kat sekolah ni jangan sentuh langsung!" haaa???? tak ke pelik macam tu. macam mana nak ajar kalau tak boleh sentuh langsung (maksud aku sentuhan tu sekadar tarik telinga sedikit kalau budak nakal).
aku ingatkan amaran tu sekadar mainan, tetapi bila kami sembang dengan cikgu lain pula mereka siap cakap "kalau boleh marah pun jangan.." haa??? betul ke macam tu? habis biar jela murid-murid tu? macam tu?
apa sebabnya? cikgu tu cakap sejarah sekolah ni kalau murid-murid diapa-apakan nanti mulalah report kat JPN, polis, ppd dan tak kurang yang mak bapak datang. waaa.... kecewanya aku bila dengar ada ibu bapa macam ni. nak ubah ke? siapalah kita ni hanya sekadar seorang guru praktikum yang tak layak pun nak mengajar lagi. sedihnya aku...
aku cuma berharap agar perjalanan aku berpraktikum sepanjang 2 bulan ni tak mengalami sebarang masalah. aku, kalau boleh memang nak jadi aku. kalau nak marah tu marah je, semua untuk kebaikan bukan suka-suka.
aku hanya harapkan esok yang lebih baik... insyaAllah...
sekian luahan hari pertama praktikum... rindu anak murid tahun 5 sk seri kepayang... (T_T)
Assalam...
ReplyDeleteYA.. congrats.... to you da teachers...heheh
dah selamat jadik cikgu rupenyer....
ekekek... moga2 anda mampu menjadi guru yang terbaek. nyer...
All da best..
w'salam... belum slamat lg... still in praktikum la.. tu le.. moge2 sy mampu... huhu
ReplyDeletemiss sk manjoi 1, tp kitorg dlu slumber je kene marah...pn. juliet siap tampar2 lg kalo keje x siap...budak2 skg ni je manja sgt...hu3...
ReplyDeleteI'm facing the same problem too . . T.T
ReplyDelete