Friday, June 11, 2010

malam yang panjang...

Assalamualaikum...


malam tadi tak macam malam-malam biasa aku yang lain. tertekan juga aku dibuatnya sebab tidur malam macam tak tidur. aku rasa aku tidur kurang dari 2 jam kot malam tadi. hari ni nak kena kejobos (merawang dalam bahasa jawa) rumah pakcik pula dan aku amat memerlukan tenaga.

malam aku ni bermula lepas maghrib, masa tu mak aku suruh pergi pekan beli tepung beras nak buat apam dengan beli bihun tomyam sebagai makan malam. dah habis beli semua aku balik dan sampai rumah dalam pukul 9 malam.

sebelum tu mak dah pesan awal-awal malam ni datanglah rumah wak nik (pakcik) tolong-tolong apa yang patut. jadi sebelum pergi tu aku pun melantaklah dulu bihun tomyam yang dah beli tadi. lepas tu sempat melayan anak buah seorang tu sebelum siap-siap nak pergi kejobos.

dalam pukul 10 baru aku ajak adik bongsu aku pergi kenduri. sampai-sampai kenduri tengok-tengok dulu pelamin orang kahwin dan lepas tunjuk muka je memang kerja dah tersedia. malam tadi kerja aku isi serunding dalam plastik nak buat berkat (bontrot). punyalah banyak nak kena isi, dalam pukul 11.30 baru dapat habiskan semua serunding tu.

dah habis tu aku larilah masuk rumah pakcik aku tengok highlight sukma melaka kat astro arena. dalam pukul 12.30 aku ingat nak balik dah, sekali nampak budak-budak bujang lepak kat beranda rumah pakcik aku. jadi nak nampak peramah aku pun joinlah mereka ni melepak, sembang-sembang kosong sampailah hampir pukul 2 pagi.

budak-budak dah balik baru aku pun ikut balik, dah la kena jalan kaki. sampai rumah aku online jap tengok fb, uu dan mfb. tengok blog skali. hehe... bosan macam tak ada apa-apa nak buat so aku ingat tidur lagi bagus. sebelum tidur tu kena pasang ubat nyamuk dulu. pukul 2 lebih baru aku masuk tidur.

baru aku teringat yang tadi aku pekena tongkat ali kat rumah pakcik aku. siap dah cakap dengan adik aku "malam ni mesti tak boleh tidur ni". memang betul aku tak boleh tidur rupanya. mula-mula tu memanglah effect tongkat ali tu, jenuh aku gunakan pelbagai posisi tidur yang memungkinkan aku tidur, tapi tetap tak boleh tidur juga.

dengan nyamuk banyak, panasnya lagi, memang tertekan juga aku dibuatnya. pukul 5 aku dah terjaga sebab dengar bunyi, mungkin mak aku dah bangun pagi nak buat sarapan. tak apa aku tunggu lagi mana tahu boleh tidur sebelum pukul 6. namun aku tetap tak boleh tidur, hanya menunggu waktu subuh untuk bangun.

punyalah tension, rupa-rupanya ubat nyamuk yang aku pasang tadi dah mati. patutlah aku rasa macam berperang dengan nyamuk je malam tadi. nak sambung tidur pun dah tak ada mood dah ni. harap-harap bolehlah aku sambung kejobos hari ini. jangan pengsan sudah... urrggghhh!!!

No comments:

Post a Comment