Sunday, June 20, 2010

melaka trip - day 1

Assalamualaikum...

perjalanan aku ke melaka bermula seawal pukul 8.00 pagi 15 jun 2010 di rumah kawan serombongan di sungai besar, selangor. aku, malek, rahim, a.am dan aiman bersama-sama menaiki kereta a.am menuju ke melaka, maka bermulalah cuti-cuti malaysia kami!!


dalam perjalanan kami singgah sebentar di smap labu, n9 untuk mengambil buku sekolah dan sijil aiman di sana. sempat snap kat sekolah tu. ;p


kami meneruskan perjalanan dari smap labu pada pukul 12 lebih macam tu dan akhirnya kami tiba di melaka pada pukul 1 tengahari. oleh kerana masa check in pada pukul 3 petang, masa yang terluang tu kami gunakan untuk berjalan-jalan melihat lokasi-lokasi menarik yang berdekatan dan singgah makan tengahari dulu.


dalam pukul 3.30 petang kami kembali ke hotel untuk check in dan berehat-rehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan pada petang itu. hotel penginapan kami ialah hotel seri malaysia...


lepas asar dalam pukul 5 kami bertolak menuju ke destinasi pertama kami di bandar melaka iaitu di muzium samudera. teringat masa zaman sekolah rendah dulu, rombongan sekolah je mesti pergi ke melaka.



setelah lebih kurang sejam kami di muzium samudera itu, kami meneruskan perjalanan menuju ke menara taming sari yang terletak tidak jauh daripada muzium samudera. dalam perjalanan sempat membeli-belah dulu di gerai-gerai yang berdekatan (baru datang dah shoping.. ;p)


gambar kat atas ni merupakan antara pemandangan di bandar melaka pada waktu malam. susah betul nak tangkap gambar sebab benda tu bergerak. jadi kat atas tu je lah yang aku mampu tangkap. adeh~ untuk sesiapa yang berminat nak naik ni harga tiket dia rm20 tapi kalau kita tunjuk ic jadi rm10.


dari atas kami dah nampak river cruise yang memang cantik pada waktu malam. jadi untuk tidak membuang masa, lepas je menaiki menara taming sari tu kami terus terjun ke sungai melaka (eh mengarut pulak), bukan terjun tapi menaiki bot dengan tiket rm10 menaiki river cruise di sepanjang sungai melaka selama lebih kurang 45 minit. pemandangan naik bot kat melaka pada waktu malam memang best!


lepas je menaiki river cruise di sungai melaka kami pun baliklah. sebelum balik tu kami singgah makan dulu sambil tengok bola. balik dalam keadaan yang penat tapi memang syok... tamat trip melaka day 1. nantikan trip melaka day 2 ye... ;p

No comments:

Post a Comment