Monday, July 26, 2010

apalah hiburan untuk guru sekolah rendah?

Assalamualaikum...

seronok jugak bila sembang dengan cikgu-cikgu lama ni. banyak betul pengalaman yang mereka share dengan kami cikgu-cikgu baru ni. maklumlah, kalau orang yang tak tahu tengok kerja cikgu ni macam senang, tapi hakikatnya kerja ni bak kata seorang pensyarah tu sebelah kaki kat syurga dan sebelah lagi kat neraka.

kenapa macam tu pulak? mana taknya kerja ni kalau tak betul-betul pun boleh sebenarnya, contohnya pergi sekolah tapi tak masuk kelas, ponteng, tak mengajar?, hisap rokok kat bilik khb, macam-macam lagilah. rasanya semua boleh tengokkan kat sekolah zaman kita kecil-kecil dulu.


masuk syurga pun senang jugak, contohnya kalau kita mengajar dengan bagus dan murid-murid semua faham, jadi ilmu yang kita sampaikan tu digunakan sampai budak tu meninggal (wow.. tak terbayang banyaknya pahala dia). selain tu kalau kita ajar budak buat baik dan dia ingat apa yang kita cakap tu sampai bila-bila... memang banyak pahala bergantung kepada keikhlasanlah tapi.

ok berbalik kepada tajuk post aku ni, tajuk tu memang sesuai dengan perkara yang berlaku hari ni. ada seorang murid tahun satu berak dalam seluar. waa... memang tensi kalau dengar. tapi bagi cikgu-cikgu perkara macam ni boleh hilangkan stress mereka sebenarnya. bila difikir-fikirkan balik mereka akan tersenyum sendiri dengan perkara yang berlaku =)

senang ceritalah, bila kerja penat-penat fikirkan kerja yang berlambak tak termasuk kerja-kerja pengkeranian yang tak sepatutnya cikgu-cikgu ni buat tu, tengok muka budak-budak yang nakal ni kadang-kadang boleh buat mereka tersenyum. eh bukan tengok mukalah (tambah tension adalah.. haha) maksud aku terbayang perangai budak yang macam-macam.

ada seorang cikgu tu pulak ada cerita pasal seorang budak ni yang 2 kali masuk dalam kolam sekolah. kelakar jugak bila dengar cerita daripada cikgu-cikgu ni. tu tak kira denda yang mereka kenakan kat murid-murid ni. ada sekali tu murid-murid nakal yang bikin basikal ala-ala drag racer disuruh buat aksi pacak tayar (wili.. betul ke eja ni?) kat depan murid-murid lain dan guru.


secara kasarnya aku suka untuk membuat kesimpulan yang sebenarnya murid-murid ni lah yang memberi kekuatan kat guru-guru untuk terus mendidik dan membimbing anak bangsa. oleh itu, aku sendiri dan rakan-rakan guru yang membaca ambillah iktibar daripada post aku yang tak seberapa ni. go cikgu!


*gambar tu sekadar hiasan. sekarang dah pakai bahasa melayu tau...

5 comments:

  1. Kejayaan seseorg anak murid 1 kepuasan buat cikgu... walaupun seorg murid yg langsung tak kenal huruf.. tp bila dia berjaya mengenal walau 1 huruf pun.. mmg 1 kepuasan..:)

    ReplyDelete
  2. yup... kepuasan cikgu adalah pada anak muridnya..

    ReplyDelete
  3. best nye jadi cikgu~kawan2 yang ambik kos pendidikan pun dah g praktikal masa cuti sem baru2 nie~rase best gila bila dengar cerita mereka mengajar di sek men~jeles~~~heehe~

    ReplyDelete
  4. haha. dah tu tlg cucikan anak mured yg terberak tu la. terrbaek~
    jadi cegu besh kan?

    ReplyDelete
  5. qasih: ikot orgla.. mcm sy mmg sonokla tgh prktikum ni... mcm2 pglmn...

    nadiah: aku jz tgk je la.. x reti la nk basuh berak budak.. tp klu t'pkse wt gk la... huhu. yup~ best jd ckgu... ;)

    ReplyDelete