Monday, July 19, 2010

serabut yang menyerabutkan...

Assalamualaikum...

hari ni memang aku rasa sibuk sangat. tak tahulah memang sibuk atau pun aku saja buat-buat sibuk. boleh ke macam tu? huhu... ini baru ada rasa nak update blog, itu pun sekadar luahan perasaan je. maaflah kalau post aku ni tak ada content ye kawan-kawan.

hari ni rasa nak bercerita sedikit kehidupan aku kat sekolah sepanjang hari ini. macam biasa bangun kena awal nak pergi sekolah yang boleh tahan jauh tu. sampai sekolah dalam pukul 7.15 pagi. lepas tu terus join perhimpunan sekolah. hari ni ada perasmian minggu matematik yang telah dianjurkan oleh panitia matematik tapi pengurusan semua adalah dari senior kami yang buat internship kat sekolah tu (erin dan farehah).


habis perhimpunan dalam pukul 8.20 macam tu. hari ni aku ada kelas pendidikan jasmani pukul 8.30. jadi tak naklah buang masa aku terus fly ke padang untuk ajar kelas 5 um. (aku suka kelas ni.) kelas 5 um habis pukul 9.30. macam biasalah budak-budak ni kalau pj mesti yang laki nak main bola. apa lagi dapatlah bebelan cikgu wakiyuddin.;)

sebelum kelas pj aku ada jumpa cikgu pembimbing untuk meminta nasihat mengenai p&p (saya budak baru belajar), jadi bila habis je kelas pj tu aku terus jumpa kak afira. tapi tu la kan, kadang-kadang kita tak nampak kelemahan kita masa mengajar, tapi bila ada orang tegur baru perasan. terima kasih kak!

lepas je jumpa kak afira, aku terus pergi ke makmal komputer sebab sebelum pj tu jugak aku dah ada jumpa dengan pk kokurikulum berkenaan dengan pertandingan eureka. kira aku ni macam terlibatlah dalam melatih budak-budak tu. prepare slaid untuk persembahan budak-budak ni sampai pukul 10.20.

pukul 10.20 tu waktu rehat dan waktu inilah berlangsung aktiviti untuk minggu matematik. aku dah pun ditugaskan untuk menjaga gerai teka kacang. hari ni aktiviti teka kacang untuk murid-murid tahun 6 sahaja. seronok jugaklah, ada je tahun 6 lalu aku suruh mereka isi borang (free je pun).

waktu rehat habis pukul 10.50. lepas tu aku terus pergi ke kantin untuk melantak. lapar-lapar... makan sambil sembang dengan ustaz sabar tak sedar dah pukul 11.20. aku kena bergegas pergi ke makmal balik nak ajar budak-budak eureka present slaid. sebelum pergi tu aku pergi tukar baju dulu (prosedur sekolah ye. kena ikut). sampai-sampai je kat makmal aku terus cari budak-budak tu dan dengar mereka present. banyak yang kena tolong budak-budak ni. adeh~

aku tak dapat nak ajar lebih-lebih sebab pukul 12.15 dah kena kumpul kat bilik mesyuarat sebab hari ni ada mesyuarat kurikulum ke 3 sekolah tu (pertama kali masuk mesyuarat kurikulum. ngantuk~). tapi baguslah jugaklah sebab banyak benda yang aku belajar hari ni. kalaulah budak-budak tu tahu apa yang cikgu-cikgu dah buat nak bagi mereka berjaya.

habis mesyuarat pukul 1.20 petang. (lamanya...) habis mesyuarat aku terus bergegas balik rumah. sempat sembang dengan cikgu suzaini saja tanya jalan balik rumah paling dekat. spoting jugak cikgu tu walaupun orang tengok dia macam sombong. balik sama-sama naik kapcai masing-masing. hehe...

sampai rumah aku tak boleh terus tidur sbeab nak kena siapkan slaid (nak kemaskini). dalam pukul 4 baru dapat lelapkan mata. lama jugak aku tidur petang tadi adalah dalam 2 jam. bangun-bangun dah pukul 6. solat-solat... ingatkan nak pergi main bola ke petang tadi tapi malaslah, aku buatlah lesson plan untuk esok mana yang rasa boleh buat terus.


lepas tu tiba-tiba aku rasa serabut... adeh~ sebab apa? aku rasa sebab banyak kerja yang aku belum siapkan. (padahal orang lain buat tak tahu pun).
- lukis watak kartun mariah tak siap lagi (sorry puan umaimah saya boleh buat tapi give me extra times k)
- lesson plan untuk esok tak tahu nak buat apa lagi ni. (esok ada observe guru pembimbing)
- pernyataan profesional 3 minggu tak buat lagi (dulu ingat kena buat satu je rupa-rupanya kena buat tiap minggu. huhu...)
- budak-budak nak eureka lagi.

wah... tu pasal lah aku rasa macam serabut... tulun2~

No comments:

Post a Comment