Thursday, August 12, 2010

anda memang bernasib baik...

Assalamualaikum...

bila masuk bulan ramadhan mesti teringat bazaar ramadhan, jual kuih-muih juadah berbuka, shopping mall yang sarat dengan pengunjung yang membeli-belah, hari-hari yang rasa panjang dan panas dan tidak kurang dendangan lagu-lagu raya yang rancak disetiap pelusuk kedai-kedai yang ingin melariskan jualan mereka walaupun baru beberapa hari berpuasa. indahnya berpuasa di malaysia.

tapi anda dah lupa ke? tak ingat ke saudara-saudara kita di gaza? adakah sama suasana ramadhan mereka dengan kita? dengan tekanan yang begitu kuat dari israel laknatullah, dengan embargonya, ditambah pula dengan masalah ketiadaan bekalan elektrik akibat kehabisan bahan api di tengah kepanasan kota gaza. Allah... sebak bila mengetahui penderitaan saudara-saudara kita disana.


tapi satu perkara yang aku lihat, walaupun tekanan dari pelbagai sudut melanda, mereka tetap berserah dengan kekuasaan Allah. betapa mereka inginkan ramadhan, tapi apakan daya krisis yang melanda menyebabkan kebanyakan warga palestin mengalami ketakutan berlakunya bencana kemanusiaan akibat ketiadaan bekalan elektrik yang terlalu lama.

di bulan ramadhan yang mulia ni sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita di palestin. berdoalah agar hari esok lebih baik untuk mereka. bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi ketika ini. anda memang bernasib baik.

No comments:

Post a Comment