Saturday, August 14, 2010

berbuka puasa bersama keluarga...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam merupakan hari pertama aku dapat berbuka puasa bersama keluarga di kampung halaman. walaupun perjalanan yang agak mencabar dengan menunggang motosikal di samping hujan lebat di sepanjang jalan, tapi semua baik-baik belaka. bukan apa, bila sampai rumah dapat berbuka puasa dengan ibu bapa tu lebih bermakna sebenarnya. (seronok!!)

tetapi, oleh kerana terlampau penat menjadi rider sambil berhujan, lepas sembahyang maghrib aku terus landing depan tv sampai pukul 12 malam dan terlepas solat sunat tarawikh hari ketiga.. adeh~ tapi aku sempatlah jugak buat solat sunat tu berseorangan lepas tu. kejap je pun (buat 8 je...)

sebenarnya misi aku balik kampung ni bukan sahaja sebab nak berbuka puasa bersama keluarga je, tetapi ada misi sampingan iaitu nak mencari hadiah untuk orang yang banyak membantu kami (aku dan malek) sepanjang tempoh praktikum kami. hadiah ni kami anggap sebagai tanda terima kasih kami sebab telah banyak membimbing sepanjang kami di sekolah tersebut. (credits to kak afira dan kak roziah)

gambar yang tak berkaitan...


al-kisahnya kami dah pun pergi melihat-lihat kain dekat ipoh tu, tapi bila sampai kat kedai nak beli je pening kepala. kain mana nak pilih ni? yang ni cantik ke? sesuai ke? macam-macam fikir tapi akhirnya tak beli jugak. ya... kami tertinggal satu perkara iaitu sentuhan wanita dalam memilih pakaian. nak harapkan aku beli kain memang tak cantiklah. hari ni aku bercadang nak ke pekan sungai besar bersama kakak saya (mintak khidmat nasihat) nak shopping kain raya. lama jugak tak pergi pekan ni. harap-harap adalah kain yang dicari...

walaupun agak lewat sebenarnya nak bagi kain waktu ni. maklumlah tinggal beberapa minggu nak puasa ada ke kedai baju nak amek tempahan lagi? tak apalah ni kira macam hadiah raya haji lah. hehe... ok lah geng. nak blogwalk tengok blog kawan-kawan yang cantik-cantik. selamat menjalani ibadah berpuasa!

2 comments: