Thursday, August 5, 2010

Assalamualaikum...

sama ada kita sedar atau pun tidak, beberapa hari lagi kita semua akan memasuki satu bulan yang padanya terdapat seribu satu rahmat dan maghfirah untuk semua umat manusia yang bergelar muslim. aku juga tidak ketinggalan turut merasai kemanisan bulan yang ditunggu-tunggu ini 'ramadhan al-mubarak'. perasaan dalam hati bercampur baur, antara terharu, sedih, gembira dan sebagainya.


kenapa aku cakap macam tu? bukan apa, bila hampir sahaja bulan ramadhan perasaan sebak di hati bila mengenangkan perjalanan hidup aku sepanjang tempoh ramadhan yang lalu sehingga ramadhan yang bakal menjelma kelak. apa amalan aku sepanjang setahun ini yang boleh dibanggakan? ya Allah... banyak sangat kecacatan, banyak sangat kekurangan. kadang-kadang terfikir adakah madrasah ramadhan tahun lalu memberi impak dalam hidup aku. harapan aku semoga ramadhan kali adalah ramadhan yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang lalu. insyaAllah.

orang sekarang... sekarang mari kita tengok pula gelagat umat islam zaman sekarang terutamanya yang kat malaysia sekarang ni. apa yang aku nampak persediaan menghadapai 1 syawal adalah diutamakan berbanding persediaan menghadapi bulan ramadhan. baju raya 3 4 pasang untuk perempuan (lelaki pun ada gak...), sale di sana-sini, tak kurang iklan-iklan raya dan tak lupa ada juga yang belum puasa pun dah mainkan lagu raya di komputer atau mp3 mereka. rasa macam terbalik pula sekarang ni. orang hanya menganggap ramadhan hanyalah satu bulan yang berlalu begitu sahaja dan ramadhan hanyalah satu bulan persinggahan yang 'terpaksa' dilalui untuk menghadapi hari raya.

belum bercerita bab cuti raya yang sikit. aku sendiri pun mengaku aku juga nakkan cuti yang lebih lama. beraya sakanlah katakan. tapi bila fikir-fikir balik keinginan nak beraya tu nampak melebihi keinginan untuk beramal di bulan ramadhan. kenapa ya? aku pun tak pasti tapi semacam ada satu kebiasaan / budaya dalam diri kita ni yang lebih cenderung kepada keseronokan (hedonism) berbanding beramal untuk akhirat. bulan puasa dijadikan bulan untuk berbelanja sakan, baju baru, seluar baru, kalau boleh rumah pun nak yang baru. habis ramadhan habislah. entah mana pergi solat berjemaah, entah mana pergi puasa sunat dan sebagainya.

tulisan aku ni sekadar mengingati diri ini sendiri. memang kita tahu iman manusia ni ada turun naiknya. tak mustahil hari ni kita seorang yang cukup bertarbiah tetapi esok atau lusa kitalah manusia bertopengkan syaitan (mintak jauh...). marilah kita bersama-sama berdoa dan berharap agar ramadhan kali ini membawa seribu satu pengertian dalam hidup kita, madrasah ramadhan pula sebagai titk tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik di masa-masa yang akan datang. ameen...

3 comments:

  1. amin ya rabba alamin..sama2 kita wat kebajian dan amal buat bekalan akhirat kelak erk...:)
    kita sbg manusia biase xkan terlepas melakukan dosa dan rakyat malaysia khususnye x dinafikan hidup dalam keadaan nk seronok aje..sbb ktr dah berada di zon selesa...dan pantang ada sikit cabaran, musibah, masalah yg melanda...merungut, x reti bersyukur dan mcm2 lagi...tula pd pandangan aku...xpe2 yg penting muhasabah diri balik, flasback aper yg ktr dah wat selama nie dah banyak merugikan masa muda kita dgn berseronok,at d same time terlupe yg kita mungkin akan mati arini,esok, lusa tulat.......keep did up wak...bagus3x...:)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...same2 renung blk perjalanan hidup kita selama ni.. moge ketemu ramadhan yg dinanti2...

    ReplyDelete
  3. mudah2han dapat jumpe lagi bulan yg nk mengumpul pahala yg banyak...jom ktr lumbe wat kebajikan banyak2, nanti mesti dapat A++++ dari ALLAH..wah!!! boleh jd pelajar ALLAH yg paling cemerlang nieee...

    ReplyDelete