Saturday, August 21, 2010

cerita dah habis praktikum...

Assalamualaikum...

dengan berakhirnya praktikum semalam, maka bermulalah kembali zaman-zaman kuliah dan assignment di ipg seperti biasa minggu depan. biasalah, hari terakhir praktikum mesti hari yang tacink. salam cikgu-cikgu (lelaki je..) minta maaf kalau ada buat salah ke tak sedar dan dapat hadiah daripada anak murid yang comel.

minggu ni tak bercadang pun nak balik kampung sebab minggu lepas dah balik. so memang duduk kat rumah je la hujung minggu ni. agak-agak apalah aktiviti aku hujung minggu ni ek. sepatutnya hari minggu ni la yang paling rileks dan lesson plan free. tak macam musim-musim praktikum dan musim kuliah. tapi semalam dapat jemputan berbuka puasa dengan ahli-ahli lujnah 3p hari ni. kalau free teringin nak pergi (memang free pun...).

semalam habis praktikum satu rumah keluar pergi jusco tengok wayang (aku la sekali tu. habis duit. huhu...) nak berbuka puasa kat jusco tapi semalam punyalah ramai orang kat kfc tu. jenis buka puasa ramai-ramai dengan kawan-kawan satu kelas. tiba-tiba teringat pula zaman berbuka puasa ramai-ramai satu kelas dulu. tahun ni tak nak buat ke geng? meh cari tempat best kita buka puasa ramai-ramai. ada beran?


ok lah nak dijadikan cerita semalam masa nak berbuka puasa tu memang semua tempat makan sesak dengan orang yang nak berbuka. beratur bukan mainlah panjang (agak-agak isyak baru dapat giliran kot. haha...) jadi setelah berbincang kami pun mendapat idea untuk makan ais krim mcd alas perut, pergi sembahyang dan lepas tu baru melantak. bila sampai masa berbuka sama juga, ramainya orang nak berbuka ais krim (kes sama macam kami tak larat nak beratur).

bila dah masuk waktu tu masing-masing mulalah kalut. tiba-tiba adalah seorang kakak yang membawa anak ni mempelawa kurma (yusoff taiyoob) kat seorang kawan aku ni. mula-mula malu la nak cakap tapi tiba-tiba ada pulak suara dari belakang "tak elok lewat-lewatkan berbuka!". jadi dengan sepantas kilat kakak tu bagi kurma yang dia pegang tadi kat kami dan suruh kami buka puasa dulu dengan kurma tu. "nah! ambillah kurma ni buka puasa cepat..". terharu kejap dengan kakak tu.

maka bermulalah episod berbuka di kaunter beli ais krim kat jusco. baca doa kuat-kuat tapi makan berdiri. haha... dapat jugak sunnah makan kurma tu. lepas makan ais krim kami pun terus pergi solat dan lepas solat baru sambung makan. kat kfc. masuk kfc punyalah ramai budak ipg. rupanya mereka ni la yang penuhkan meja tadi. siput betul la..


ok lah tak ada apa pun nak cerita. mana-mana shopping mall sekarang ni tengah sale. jadi saranan aku kepada diri sendiri dan rakan yang membaca, berbelanjalah dengan berhemah dan jangan berlebih-lebihan. nanti tak ada duit cari siapa? lu pikirlah sendiri... belilah apa yang perlu je lepas tu jangan lupa kita masih dalam mood puasa. so jaga-jagalah mata, tutup-tutuplah telinga dengan cover-coverlah mulut kita ye. sekian~

2 comments: