Assalamualaikum...
mengenangkan saki baki hari aku kat sk manjoi memang agak menyedihkan. dengan habisnya sesi persekolahan hari ni maka tinggal 3 hari je lagi aku kat sekolah ni. banyak jugak pengalaman pahit dan manis kat sekolah ni. 2 bulan praktikum yang menyeronokkanlah senang cerita.
aku sayang 4 um, aku sayang 4 ukm, aku sayang 4 usm dan aku sayang 5 um. kelas-kelas ni lah kelas rasmi yang aku ajar sepanjang 2 bulan ni. tu tak termasuk kelas relief yang boleh dikatakan hampir semua kelas tahun 4, 5 dan 6 aku dah masuk. nama murid memang tak boleh ingat semua dalam tempoh yang cukup singkat ni tapi hampir sebahagian besar kelas rasmi yang aku masuk tu aku dah tau nama murid-murid tu.
tak tahulah apa perasaan murid-murid ni kat aku. tapi satu perkara yang pasti mereka lebih mengenali aku dengan gelaran cikgu 'simon'. kelakar jugak bila fikir balik tapi gelaran ni sesuai dengan aktiviti yang boleh dikatakan melekatlah dalam hati anak murid aku kat sekolah tu iaitu permainan 'simon says'. seronok betul murid-murid tu kalau aku cakap nak main 'simon says' sampaikan kalau boleh tak payah belajar, main je simon says tu. haha...
tengahari tadi sebelum balik dua orang murid datang kat bilik guru terjenguk-jenguk sambil melambai-lambai kat aku. aku yang tak puas hati pun pergilah keluar untuk bertanya. rupa-rupanya salah seorang murid tu nak bagi hadiah kat aku. huh~ terharu kot... padahal aku ada 3 hari lagi kat sekolah tu (suruh aku balik cepat-cepat kot. adeh~) tapi memang terharulah sebab hadiah tu dia cakap dia beli sendiri dan balutan memang tau lah dia yang buat. hehe... terima kasih je lah yang mampu aku cakap (speechless).
apa-apa pun aku memang sayang murid-murid yang aku dah ajar.
No comments:
Post a Comment