Saturday, September 18, 2010

aku pernah berhari raya...

Assalamualaikum...

selamat hari raya semua! rasa agak lama jugak aku tak update blog aku ni. maklumlah, raya~ aku rasa memang tahun ni merupakan tahun yang sangat-sangat berlainan berbanding hari raya sebelum ini sebab pada tahun ni macam-macam pengalaman yang aku tempuh sepanjang sembilan hari berhari raya.

post kalin ni memang panjang sikit sebab aku nak cerita secara menyeluruh aktiviti aku sepanjang hari raya ni bermula pada hari raya yang pertama hingga ke hari ini (hari raya ke 9)

hari raya pertama:


pagi raya bermula dengan hujan lebat sehingga selesai solat sunat hari raya dan juga selesai solat jumaat. sempat bermaafan bersama-sama ahli keluarga. petang tu pada pukul 3 petang bermulalah baraan (beraya/ziarah) untuk budak-budak bujang kariah surau aku.


oleh sebab mula pun lambat, so baraan berakhir pada pukul 10.30 malam. ye malam... balik baraan aku menerima jemputan makan-makan (bbq) di rumahnya sekadar menunjuk muka.

hari raya kedua:


balik kampung belah mak di bagan datoh. sempat beraya di rumah pakcik yang berdekatan. dapat jumpa sanak saudara belah mak. ramai yang balik. seronok... petang tu balik dan baraan rumah saudara kat area rumah pun bermula. dapat jugak habiskan rumah pakcik-makcik kat area kampung tu. sedap sikit nak beraya rumah orang lain lepas tu.

hari raya ketiga:


baraan yang paling best. dengan kawan-kawan sekolah kebangsaan kampong banting. dapat jugak aku kumpulkan sebahagian kawan-kawan lama untuk pergi baraan. lepas penat satu hari beraya kami pergi ke pantai BNO makan angin. segan jugak sebab kami je yang pakai hensem-hensem dan ayu-ayu semua. apedehal! hehe... penat, kenyang, best, happy, seronok, semualah!

hari raya keempat:

pada asalnya aku menerima undangan baraan dengan kawan-kawan SAMT batu 38 tapi agak segan nak join (aku kan pemalu orangnya. hehe...) sebab ramai yang aku tak kenal. jadi pagi tu duduk rumah je la. sempatlah melayan budak-budak entah datang dari kampung mana beraya kat rumah aku (nak duit raya la tu..;p)


bila dah membawa ke tengahari mulalah rasa bosan duduk rumah raya-raya ni. apa lagi aku halo-halo la kawan kebetulan dia pun tengah tak tahu nak beraya kat mana. nak dijadikan cerita kebetulan terjumpa geng batu 38 beraya. apa lagi dengan perasaan segan aku join jugak mereka (orang dah ajak ikot je la...). 

malam tu plan aku dengan kawan yang aku halo-halo tu berjalan seperti biasa. dapatlah jugak dua buah rumah lepas tu kumpul orang jumpa kat sabak sembang-sembang (melepak minum teh tarik. ish3...) dah lama tak jumpa. sampai rumah pukul 1.30 pagi. don't try this at home ye murid-murid (sesekali tak apa. haha...)

hari raya kelima:

aku telah dibooking awal-awal oleh kawan aku untuk ikut dia pergi ke rumah bakal mak mertuanya (rumah gadislah senang cerita) dan beberapa buah rumah lagi. agak segan sepanjang perjalanan sebab boleh pulak member ni asyik nak kenenkan (boleh pakai ke perkataan ni? hurm~) dengan kawan dia. lawa tapi seganlah aku. hihi... (mood: malu-malu kucing)

petang tu sempat berehat kat rumah sampai tak sedar entah berapa orang dah datang rumah beraya. malamnya aku beraya ke rumah rakan kat area tebuk pulai. dapatlah dua buah rumah malam tu. balik awal sebab esoknya aku nak berjalan jauh.

hari raya keenam:

hasrat hati nak kumpulkan rakan-rakan SBPI untuk beraya ke rumah cikgu-cikgu dan ustaz-ustaz tapi oleh sebab ramai yang tak boleh nak join jadi aku postpone ke hari esoknya dan aku join baraan member ke rumah ehem-ehem dia di tanjong malim. balik tu dapat makan secret recipe member tu belanja. sedap-sedap!

malamnya pulak aku keluar bersama-sama rakan sekolah rendah ke pekan sabak untuk makan-makan (melepak jugak. ish3...) seronok menyembang sampai tak sedar jam dah nak pukul 2 pagi.

hari raya ke tujuh:

hari ni ada kawan-kawan lama SAMT batu 38 ajak baraan tapi macam biasalah sebab aku tak kenal, aku pergi beraya ke rumah kawan yang aku kenal. tapi petang tu aku join jugak bbq yang mereka nak buat kat rumah seorang rakan. dapatlah jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa terutamanya budak-budak hostel (aku dulu duduk luar. berulang...)

bbq berakhir hingga ke waktu malam. sempat jugak snap gambar tapi bukan guna kamera akulah so tak ada bukti. seronok... balik tu baju berbau asap... hihi.

hari raya kelapan:


masa ni dah dapat cerita ada seorang kawan tu tenat, koma akibat asma. hari ni aku dah plan nak ajak kawan-kawan SBPI ke rumah cikgu-cikgu akhirnya kesampaian tapi hanya beberapa orang yang dapat ikut. lepas tu pulak ramai jugak cikgu-cikgu yang tak ada kat rumah atau tak dapat dihubungi. satu hari tu hanya dapat pergi sebuah rumah cikgu dan beberapa buah rumah rakan-rakan.

hari raya ke sembilan: hari ni la tu...

hasrat hati nak balik ipoh untuk ambil tempoh bertenang kejap selepas penat beraya sakan. huhu... tapi pagi tu menerima maklumat yang rakan yang sakit tadi makin tenat dan otaknya berhenti berfungsi, hanya tunggu masa je jantung berhenti.

aku tukar rancangan nak balik hari ni dan bersama-sama beberapa orang rakan lain pergi melawat kawan tu. tapi dalam perjalanan menerima maklumat yang rakan tu dah tak ada. sebaknya...huhu. dah lama tak jumpa arwah tak sangka lepas ni tak jumpa dah.

esok baru aku balik. nampkanya tak adalah tempoh bertenanglah macam ni. mood pun kena bertukar dari mood hari raya ke mood kuliah dan kerja kursus. huhu... doakan perjalanan aku ke ipoh esok selamat ye kawan-kawan.




*al-fatihah buat saudara mohd farhan rafine yang telah kerahmatullah. semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa. ameen...

2 comments: