Assalamualaikum...
baru-baru ni aku tertarik dengan satu gambar yang sering kali dipaparkan kat laman sosial facebook mengenai satu bendera ni. bila cari-cari balik bendera apa tu ada macam-macam gambaran, ada yang cakap tu gambar bendera malaysia yang baru. nama dia macam-macam, setengah cakap sang saka melaya tapi aku tak pasti kesahihannya.
antara wilayah pemerintahan majapahit meliputi wilayah nusantara termasuk tanah melayu dan sedikit di thailand.
jadi aku sempat google kat internet pasal bendera ni. antara maklumat yang aku dapat, pada asalnya bendera merah putih seperti bendera indonesia tu melambangkan bendera nasional bangsa melayu. bendera ni kita boleh lihat pada bendera kebangsaan indonesia yang dipanggil sang saka merah putih. sang saka ni dikatakan berasal dari bendera yang digunakan oleh empayar majapahit pada kurun ke 13 dan di zaman pemerintahan melayu melaka.
nota:
merah warna darah
putih suci murni
inilah warna langkasuka
inilah warna srivijaya
inilah nusantara melayu raya
merah mewakili jasad tubuh dan putih mewakili roh. bersama merah putih membentuk manusia sempurna.
ok berbalik kepada sang saka melaya, seperti mana yang kita sedia maklum dan boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri, jalur gemilang kita nampak macam bendera apa? ya... tak lain tak bukan hasil ciplak dari bendera amerika (maaf kalau terkasar je bunyinya...). daripada hasil bacaan aku, kita ciplak sebab masa tu amerika dianggap hero sebab negara ni lah yang membebaskan dunia dari kemelut world war II (tak nak tambah-tambah sebab tak tahu sangat...). adakah ini punca keghairahan mengibar jalur gemilang tu tak ada dalam diri rakyat malaysia? entahlah...
di indonesia, sang saka merah putih ni diterima sebagai bendera kebangsaan mereka setelah negara mereka mencapai kemerdekaan dari penjajah pada 17 ogos 1945. bendera ni diperjuangkan oleh para mahasiswa dan nasionalis indonesia yang dulu bangkit menentang penjajahan belanda pada kurun ke 20.
kalau kita tengok pulak bendera singapura, ia masih mengekalkan ciri-ciri sang saka merah putih tu pada bendera mereka. cuma pada pada bendera tu ada tambahan lambang bulan dan 5 biji bintang berwarna putih.
di malaysia, sang saka merah putih pernah juga dijulang oleh kmm suatu ketika dulu. dengan slogan kemerdekaan ketika itu, perjuangan mereka adalah untuk menentang penjajahan. persatuan yang suatu ketika dahulu pernah diharamkan oleh british penubuhannya ini merupakan pencetus semangat kemerdakaan orang melayu untuk bangkit menentang penjajahan british.
pas dan umno juga pernah menggunakan sang saka merah putih ini pada bendera parti masing-masing dimana penambahan keris hijau di atas cakra hijau oleh umno dan penambahan cakra kuning oleh pas. lepas tu pas tukar bendera tak tahu kenapa (nak tahu cari sendiri...;))
ni bendera umno yang ada ciri-ciri sang saka merah putih.
kat bawah ni aku ada sedikit video dari youtube pasal bendera umno dan sang saka merah putih. video ni rakaman bersama veteran kmm kalau tak silap aku lah.
video ni tak ada kaitan dengan politik ye. sekadar hasil pencarian yang aku dapat bila search pasal sang saka merah putih.
kesimpulannya yang aku boleh buat kat sini adalah, sang saka malaya merupakan bendera yang mungkin akan menggantikan jalur gemilang. jadi ke tak tu wallahua'lam... kalau nak tahu lebih lanjut boleh cuba search kat google mana tahu aku tertinggal info mana-mana ke.
bendera atas inilah yang dikatakan sang saka malaya.
info yang menarik...
ReplyDelete:e:
izin share
ReplyDeleteboleh2...=)
ReplyDeleteAssalamualaikum saudara.. shaja nk bertanya.. apakah maksud simbol yg dah ditambah pada bendera sang saka malaya itu.. sepatutnya kita perlu berfikir dari luar kotak pemikiran dan kadang2 fakta tak selalunya memihak kepada yg benar melainkan kita sendiri tahu apa yg dilakukan oleh pihak yg melakukan.. berkemungkinan simbol bulan dan bintang itu ditambah oleh individu2 di dalam gambar tersebut bertujuan untuk kebaikkan... sy tak bercakap kepada saudara tetapi kepada mereka2 y telah menggunakan info yg saudara salurkan dengan cara yg salah... mohon maaf jika terkasar bahasa... :)
ReplyDeleteMcm indon x de tmbhn seb sana kuat smngt kebangsaan. Mereka x pntgkan elmen lain
Deletesaya faham perkara ni pasti akan berlaku. pada pandangan saya simbol itu hanya sekadar lambang identiti tersendiri sesebuah negara yang dahulunya berasal dari rumpun yang sama. lagipun kalau dilihat pada perbezaan sang saka malaya dengan jalur gemilang sedia ada hanyalah berbeza dari segi jalur merah dan kota berwarna biru. terpulang kepada individu untuk mentafsir perkara ini. saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu.
ReplyDeletemengapa tak bandingkang dengan bendera liberia...atau amerika tiru liberia atau liberia tiru malaysia...???
ReplyDeleteLiberia adalah Negara yang dibina oleh Amerika Syarikat untuk bekas budak-budak hitam yang dibebaskan setelah perang sipil. Beribukota di Monrovia yang berasal dari nama Presiden AS ketika itu James Monroe...
DeleteApe sal tukar bendera pulak tahu tak berape kos kalau kerajaan nak tukar bendera? Budoh betul la korang pkr otak letak lutut la seluruh dunia kena tukar bendera malaysia korang ni kalau nak berpolitik jgn semua benda korang nak tukar kerajaaan terpulang la boleh undi suka hati bapak korang. Belajar bersyukur la kawan
ReplyDeletesaya tak kata pon mesti kena tukar. post ni sekadar info hasil bacaan dan cetusan idea je. terpulang pada yang membaca.
DeletePakcik tu veteran PKMM.
ReplyDeletesamada dia ada join KMM zaman Ubrahim Yaakub, itu tidak diketahui
salam dari indonesia, salam damai, salam nusantara raya, salam merah putih.
ReplyDeleteSaka? http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/08/bendera-malaysia-yang-sebenar.html
ReplyDeletebuat apa nak tukar bendera... Daripada dok membazir tukar bendera baik guna duit/ peruntukkan tukar bendera tu untuk subsidi minyak, dan lupus tol...
ReplyDeleteSAKA KUAT MAKAN WOOO... SAPA YG ADA BELA SAKA SUSAH NAK MATI. X PLU TUKA BENDERA.
ReplyDeleteSip,...
ReplyDeletewww.komunitascahaya.org
Sejarah sebenarnya tergantung siapa Peramu atau Perawinya dan Sejarah seperti sebuah Puzzle,jika saat kita menyusun Puzzle itu ada bagian yang tidak cocok,maka Puzzle itu tidak akan tersusun seperti bentuknya semula.
ReplyDeleteJadi jika ada bagian dari Sejarah itu tidak lengkap atau diragukan keabsahannya,Sejarah itu adalah Sesuatu yang Meragukan atau Diragukan kebenarannya.
Cacat Sejarah Majapahit itu dipicu oleh sebuah Arca yang ditemukan oleh Pak Muhammad Yamin,yang kemudian Beliau klaim sebagai Arca Gajah Mada,tapi semua itu tanpa dilakukan Uji Karbon,padahal untuk benda-benda hasil penemuan Arkeologi harus dilakukan Uji Karbon untuk menentukan atau mengetahui usia benda hasil penemuan Arkeologi itu.
ReplyDeleteInilah Salah Satu Cacat Sejarah Majapahit >> http://www.andreasharsono.net/2010/02/muaro-jambi.html
Sejarah Majapahit ada beberapa versi,yaitu Versi Komunis,adalah yang ditulis oleh Pramudya Ananta Toer,Versi Jawa,adalah yang tertulis dalam Sabdo Palon,dan Versi Nasional,adalah yang ditulis oleh Pak Muhammad Yamin.
ReplyDeleteIni adalah Sejarah Majapahit yang adalah Versi Realitis >> http://www.andreasharsono.net/2010/05/gadjah-mada-dan-muhammad-yamin.html
Bagi orang-orang Aceh,Papua dan Sunda,Sejarah Majapahit adalah Sesuatu yang Peka dan Menyakitkan Hati,karena berkaitan dengan gagasan Penjajahan.
ReplyDeleteInilah Sejarah Majapahit yang Sebenarnya >> http://sains.kompas.com/read/2013/10/13/2012358/Faktanya.Nusantara.Bukanlah.Wilayah.Majapahit
Dalam Sejarah Majapahit dilakukan beberapa Korupsi/Rusuah Kata,yaitu pada Kata Mempersatukan yang sebenarnya Menjajah dan Kata Upeti yang sebenarnya Hadiah :)
ReplyDeleteJanganlah kita sampai Terjebak pada Sikap Nasionalis Buta >> http://myunspokenminds.wordpress.com/2014/02/11/nasionalis-buta/
ReplyDelete