Thursday, October 28, 2010

hab pusat hiburan malam terkemuka: apa arah tuju negara kita?

Assalamualaikum...

mengikuti perkembangan pembangunan dan ekonomi di malaysia memperlihatkan pelbagai perubahan dan projek-projek baru yang ingin dilaksanakan oleh pihak pemerintah. kalau dulu isu bangunan 100 tingkat dan IFF, kini pula timbul isu menjadikan malaysia sebagai hab pusat hiburan malam terkemuka pula. aku bukanlah pandai dengan isu-isu begini tapi tak mungkin aku setuju dengan cadangan tersebut. gila apa?

terasa bagaikan negara kita ini terlampau terdesak dengan sumber-sumber pendapatan pelancongan berteraskan nafsu semata. alangkah baiknya industri pelancongan di malaysia terkenal dengan tempat peranginan yang cantik dan orang-orangnya yang ramah dan berbudi pekerti. bukannya bila sebut malaysia apa yang terlintas di dalam kepala para pelancong hanyalah pusat hiburan, judi dan pelacuran.

negara islam. ya itu yang selalu digembar-gemburkan oleh mereka. tapi tindak tanduk langsung tak melambangkan kedaulatan agama islam itu terbela dan disanjung. adakah ianya sekadar laungan semangat musim-musim pilihan raya atau pun ketika isu orang bukan islam masuk ke masjid timbul? fikir-fikirkanlah semua. jangan sampai orang luar sesuka hati mempertikaikan sejauh mana islamnya kita disini.

teringat satu post dari drmaza.com tentang lawatannya ke shanghai menyertai rombongan vvip melawat shanghai world expo 2010. dalam lawatan tersebut setiap negara yang menyertainya akan disediakan satu tempat/pavilion tersendiri untuk mempromosikan negara masing-masing. namun, apa yang beliau dapat ketika melawat pavilion milik negara kita seperti ada yang tidak kena (selanjutnya baca link ini). adakah ianya disengajakan ataupun tidak? sepatutnya kita yang mengagungkan islam sebagai agama rasmi perlulah lebih mempamerkan negara kita dengan keunikan senibina islam dan penganutnya bukan bangga dengan pusat perjudian genting!


perkara ini juga telah diulas oleh ustaz zaharuddin dalam blog tulisannya bertajuk "mengapa industri nafsu ingin diperluas?" (selanjutnya baca link ini). sudahlah negara sendiri tak mempromosikan agama islam, ditambah pula dengan industri nafsu yang semakin digalakkan oleh pemimpin! di mana maruah kita?

harapan aku agar para pemimpin yang terlibat dapat berfikir dengan rasional. bukan sibuk mencari penyelesaian menangani gejala buang anak dan rogol yang berleluasa dengan membuat sekolah untuk mereka yang terlanjur. penyelesaian boleh bermula diperingkat pemimpin tertinggi negara. bukan dengan meningkatkan ekonomi dengan pusat hiburan tapi lebih banyak mengimarahkan institusi-institusi agama dan masjid-masjid. renung-renungkanlah...


link-link berkaitan: link 1, link 2

4 comments:

  1. macam dah tak boleh berfikir dah dorang ni.. nak kata bodoh, akal ada tapi tak guna kot.

    ReplyDelete
  2. @kelhome ntahlah... bila budaya hedonisme dh menular dlm kalangan msyrkt... cmnila jdnye...

    ReplyDelete
  3. komen fatin,
    skrg ini pns betol isu psl IFF dan pusat hiburan malam skrg ini..
    rupernya sdg brleluasa ye...knp x bleh sdr..
    thanks to this info..
    hal ini wajib dipdg serius..sshla nak bgitau..skrg ni dh mcm2 isu yg x msuk akal dlm negara kita brlaku...mcm2 hal
    pe2 pun..hrp lps ini..moga2 para pemimpin kita diberi petunjuk dariNya.

    thanks to this info..=)
    good info..
    fatinmmj

    ReplyDelete