Assalamualaikum...
baru-baru ni senior aku ada tag aku kt blog dia. terima kasihlah aku ucapkan kat ainul shariha untuk tag yang diberi. aku ni sebenarnya bukan rajin sangat tapi syok jugak melayan tag-tag ni. ok aku paste balik benda yang senior aku tag kat bawah ni...
Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you
If I tag you, its because i want to know more about you
baiklah, 25 perkara yang anda semua perlu tahu pasal aku.
1. mohd wakiyuddin bin rosnan nama diberi.
2. orang selalu panggil aku wak/waki. kat kampung orang panggil aku yudin/din. tak kisahlah nak panggil aku apa. wakiyuddin lagi bagus. hehe...
3. asal selangor.
4. masih lagi belajar di IPG kampus ipoh, sem 6.
5. program pismp ipg (math/pj/bi). bakal guru matematik. InsyaAllah...
6. aku ada dua nombor telefon, jadi aku beli handset CSL dual sim paling murah dan ada mp3. haha...
7. aku lefthanded
8. ada sedikit bakat melukis tapi melukis hanya sekadar suka-suka.
9. ada menanamkan niat nak buat blog kartun macam salah satu blog yang aku follow contengconteng.com best kan?
10. merupakan seorang rider dan buah hati aku BJN 4505 sentiasa menjadi peneman aku kemana saja.
11. bercita-cita nak beli dslr tapi bajet tak ada, so mungkin dah ada bajet nanti beli jugak. tak kira!
12. nak sangat jadi orang suka membaca. dah ada 2 buah buku sendiri ya. satu orang bagi satu lagi aku beli (sikit sangat kan?)
13. aku suka berkawan tapi tak ada skill nak bergaul dengan orang ramai (kesian...)
14. suka pada aktivti luar seperti melancong, bersukan dan jalan-jalan cari makan. satu masalah je untuk yang ni sebab banyak guna duit. sengkek beb! jadi itu yang selalu menghadkan pergerakan aku (kena pandai jaga diri)
15. sangat gembira belajar kat ipg sebab kawan-kawan aku kat sini ramai.
16. rindu zaman kanak-kanak aku. kalau aku tulis balik pengalaman duduk kat kampung boleh buat buku dua inci kot. hehe...
17. zaman kecil-kecil aku dulu memang nakal. tak percaya tanya kawan-kawan sekolah rendah aku.
18. i'm single (nak kena bagi tau ke? haha...)
19. kalau makan aku tak kisah tapi kalau minum selalunya teh O ais...
20. tak suka kalau orang mengumpat. sakit telinga. cukup bulan boleh bernanah telinga dengar orang mengumpat.
21. aku ni mungkin orang yang agak cool la (ke perasan?) sebab orang cakap muka aku ni muka rileks sangat. dalam hati siapa tahu?
22. aku seorang je dalam famili aku yang tercampak kat utara selangor (ipoh). adik beradik lain semua kat area selatan selangor. kalau ada perjumpaan apa-apa aku selalu tak ada. jeles-jeles...
23. badan sangat kurus, makan banyak pun tak guna sebab memang tak pernah naik pun berat. baik puasa. hehe... tapi aku tak kisah pun. bersyukur...
24. tak tahu nak cakap apa lagi. nasib baik tinggal satu je lagi.
25. sekian terima kasih. kalau nak tanya lagi pasal aku tanya je kat formspring tu. kan senang.
fuhh... habis juga akhirnya. banyak betul sampai 25 benda nak describe pasal aku. banyak merapu je tu tapi maklumat yang aku bagi tu memang betullah. kalau ikutkan arahan kat atas tu aku kena tag lagi 25 orang. gila apa? banyak kot. tak payah kot. cukuplah samapai disini sayang..... (merapu la pulak). terima kasihlah kepada yang sudi membaca tag aku yang entah apa-apa ni. happy blogging!
panjang giler tag..
ReplyDeletehaha..baguih2..rajin jawab..
tu la psl... jnuh aku jwb aih... nseb bek bole jwb... haha. ada sket rajen...
ReplyDeleteyeke nih wak...
ReplyDeleteape yg yeke ni na?
ReplyDelete