Monday, October 25, 2010

minggu yang penat...

Assalamualaikum...

rasa macam dah lama tak post cerita-cerita aku berkaitan dengan kehidupan di IPG sebagai pelatih guru. jadi tak salah rasanya kalau hari ni aku berkongsi sedikit pengalaman aku sepanjang minggu ni.

minggu lepas aku rasa tak ada benda sangat yang aku buat kat IPG kecuali bermulalah liga bola sepak IPG (ITTC). jadi petang-petang aku sekarang ni leboh terisi tak macam sebelum-sebelum ni yang banyaknya aku isi dengan ber'facebook' sahaja.

Gecko Team. me standing first from the left.

hari sabtu yang lalu ada KAGUM perkhemahan unit beruniform peringkat IPG ipoh. aku yang dah lama bersara dari menjadi ahli PBSM kembali bergiat aktif. haha... untuk program baru-baru ni aku mengambil bahagian dalam acara perkhemahan (gajet).

antara gajet yang kami buat. siapa nak tengok orang sun burn... haha

pada mulanya ingatkan benda ni senang je. namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. aku rasa memang hari sabtu lalu merupakan hari yang sangat-sangat memenatkan. acara bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengahari. 5 jam! memang memenatkan ditambah pula dengan cuaca yang panas terik. aduh... agak-agaknya boleh mencapai tahap melecur kulit aku.

sedikit terkilan pada hari tersebut sebab setelah penat membuat gajet di tengah-tengah panas dan dinilai oleh pemeriksa, boleh pulak mereka suruh kemas balik masa tu jugak. 5 minit je aku rasa masa yang kami ambil untuk hancurkan balik. tensi-tensi... apalah salahnya kalau biarkan dulu seminggu dua gajet tu. rasa berbaloilah jugak masuk pertandingan tu.

keesokan harinya team bola sepak aku ada game. oleh kerana perlawanan tu awal pagi, jadi memang awallah aku bersiap-siap. rasa macam pelik je awal-awal pagi main bola. pagi-pagi main bola memang sejuk tapi perasaan nak main tu biasa-biasa je. Alhamdulillah aku menyumbanglah jugak satu gol (yes!!) pagi tu walaupun aku hampir-hampir kejang lagi. adeh~

tapi hujung minggu yang lepas memang hujung minggu yang amat memenatkan buat aku. penat sampai tahap tak boleh nak lelapkan mata. tak tahulah kenapa tapi itulah yang berlaku. malam sebelum hari kuliah pula kepala pening nak memikirkan tentang pembentangan mikro teaching hari ni. tapi dalam penat-penat tu aku siapkan jugak kerja aku. Alhamdulillah siap...

pembentangan micro teaching untuk pengajaran 30 minit aku berjalan pagi tadi. aku merupakan pembentang yang kedua. subjek bahasa inggeris dan mengajar murid-murid yang dah bermisai dan berjanggut (rakan-rakan sebagai anak murid). haha... tepi memang agak tekananlah mengajar kawan-kawan sendiri. sabar jelah sampai ada yang mengalahkan murid-murid sekolah rendah.

tapi apa-apa pun aku bersyukur sangat sebab setelah selesai pengajaran tu pensyarah memberi lampu hijau (green light) menandakan aku berada dalam kategori layak untuk mengajar bahasa inggeris. walaupun aku rasa macam entah apa-apa yang aku ajar disamping banyak kelemahan-kelemahan yang ketara, namun pengalaman mengajar di dalam kelas tadi memang amat bermakna buat aku.

tahun depan nak kena buat praktikum fasa 3 pulak. subjek matematik dan bahasa inggeris. harapan aku satu je. sepanjang tempoh praktikum yang akan datang ni aku dapat mengambil sebanyak mungkin ilmu-ilmu baru sebagai seorang guru. sekurang-kurangnya dapat menjadi bekalan aku menjadi seorang guru yang sebenar kelak.

ok lah tak banyak dah nak tulis. aku tinggalkan post aku ni dengan kata-kata yang aku baru jumpa. 

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

No comments:

Post a Comment