Monday, October 25, 2010

apa tujuan anda?

Assalamualaikum...

apa tujuan anda semua buat blog?

selama ni memang aku dah lama terfikir kenapa aku buat blog? kenapa aku nak menulis? apa tujuan aku?

sekarang ni memang dah ramai orang yang ada blog sendiri. macam-macam jenis blog dah aku baca dan dalam masa yang sama aku pun dah banyak post entry baru dalam blog aku. setelah membuat pemerhatian dan kaji selidik (eceh..) kecenderungan aku menulis entry baru kat blog bergantung kepada mood aku. ya mood aku.

sebab apa? kadang-kadang kalau mood nak menulis tu datang, dalam sebulan aku boleh keluarkan 30 entry baru. 1 hari 1 post. apa yang aku tulis? aku ni bukan jenis ulat buku sampai macam-macam aku nak share. tapi bila datang mood aku nak menulis tu benda kecil yang tak ada kaitan pun aku post.

ok kembali kepada tujuan aku membuat blog. antara yang aku perasan kenapa aku buat blog ialah:
- bila aku membaca kadang-kadang aku nak share benda tu. sebab tu aku suka menulis perkara-perkara baru yang aku belajar/perhatikan/tahu.
- blog ni boleh dikatakan tempat aku nak mengadulah jugak. kalau nak mengadu dekat orang nanti aku balik yang kena. so aku ambil jalan nak luahkan isi hati aku tu. bloglah tempatnya. hehe..
- melalui penulisan blog jugak kadang-kadang aku menyuarakan pendapat mengenai sesuatu perkara yang berlaku disekeliling aku. kalau ikutkan banyak benda yang aku nak ulas tapi dek bacaan yang tak banyak, jadi aku simpan je dulu untuk kajian masa depan.
- seronok belajar benda baru. dunia blog boleh dikatakan baru jugaklah bagi aku. macam-macam jenis blogger dan macam-macam aktiviti yang mereka buat melalui blog. sebagai contohnya, macam-macam contest ada dalam blog. lepas tu ada tag-tag oranglah. bagi award untuk blog-blog yang mereka minat (blog aku tak ada. haha...) macam-macamlah ada kat blog. pendek kata blogger sejati mesti tau punya.

baik, kalau sesetengah orang, buat blog ni mungkin salah satu cara untuk menjana pendapatan. sebagai contoh melalui nuffnang. sebab tu aku tak berapa ambil port dengan nuffnang walaupun aku sendiri ada akaun nuffnang tu. tapi bagi aku tujuan aku memang seperti yang aku tulis je la. oleh itu, aku tak kesah sangat pasal jumpah pelawat yang datang tengok blog aku ni.

walaupun kadang-kadang aku risau jugak takut-takut aku post entry ni sekadar syok sendiri tanpa ada seorang pun yang membacanya. aku berfikiran macam ni sebab selalu aku post entry baru macam tak ada respon daripada pembaca. tapi aku teruskan jugak. hehe... seronok jugak buat blog ni.

ok tu je celoteh aku untuk kali ini. kepada yang membaca blog aku ni aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyaklah ye. tanpa sokongan anda aku memang tak semangat nak menulis blog ni. salam blogger dari aku "ceritera ibnu rosnan"

6 comments:

  1. jangan berhenti menjadi blogger

    ReplyDelete
  2. aku mcm ko gk wak..blog tmpt aku mengadu..huu~

    ReplyDelete
  3. bila terase busan baru layan blog. haha

    ReplyDelete
  4. yup... btol tu lily, nadhiah... people have their own reason to do sumthing kan... so buat je apa shj asalkn x melampauai batas2 agama... kn3? hehe..

    ReplyDelete
  5. Thanks :)
    --
    http://www.miriadafilms.ru/ приобрести фильмы
    для сайта halatujuku.blogspot.com

    ReplyDelete