Friday, November 26, 2010

bukan sekadar angan-angan

Assalamualaikum...

jalan-jalan kat blog otai-otai blogger ni membuatkan aku rasa semangat nak berblogging. tadi aku sempat jalan-jalan ke blog abg ben (otai blogger ni) yang rata-rata blogger semua kenal. bukan apa, aku pun akui seronok membaca entrinya yang simple tapi seronok.

betul kata abg ben nak sukses dalam blog ni bukan angan-angan tapi nak berjaya mesti ada usaha dan tawakal ye dak? kita mula dari kosong lepas tu naik sikit-sikit. yang penting ada semangat nak belajar dan sentiasa mencari ilmu-ilmu baru. 

walaupun aku rasa aku masih jauh lagi nak capai tahap seperti otai-otai blogger ni, tapi semangat tu aku rasa tengah ada sekarang ni. maklumlah musim-musim cuti ni banyaklah pulak masanya nak explore dunia blogging ni. nanti dah mula semester baru, dengan praktikum dan final project mesti aku dah tak ada masa nak blogging ni.

terima kasihlah kepada yang sudi follow blog aku ni. tanpa sokongan anda semua apa sangatlah blog ni. setakat ni banyak benda yang aku masih tak puas hati dengan blog aku. banyak lagi nak kena belajar. rasa macam nak buat blog baru pun ada, tapi sayang pulak dah ramai follower. jadi, ada baiknya aku setia dengan blog aku ni.

sekian je celoteh lepas jumaat aku. bukan khutbah jumaat ye. sekadar lontaran perasaan dalam bentuk tulisan. skema la pulak ayat aku. haha... ok lah selamat hari jumaat semua!

4 comments:

  1. agak selalu jgk menjengah blog ben ashari

    ReplyDelete
  2. @Jey Yusuff kte yg baru2 ni mmg kne bnyk blaja.. so kne xplore la mcm2..

    ReplyDelete
  3. selamat maju jaya ye
    org yg berusaha pasti berjaya

    awak bakal guru yer?..

    ReplyDelete