Tuesday, November 30, 2010

hari yang penuh erti buat aku...

Assalamualaikum...

maaflah kawan-kawan, sebab hari ni aku tak ada mood nak berblogwalk. mungkin esok aku akan membalas kunjungan kalian.

hari ni merupakan hari yang agak suram buat aku. dikejutkan dengan berita kematian datuk aku seawal jam 7.30 pagi. kami sekeluarga bergegas ke rumah datuk aku di bagan datoh. sampai-sampai je dah ramai orang datang.

sempat melihat arwah buat kali terakhir. sempat membacakan surah yaasin buat arwah. sempat memandikan dan mengkafankan jenazah. sempat juga bersama-sama menyembahyangkan jenazah. tidak lupa ke kubur juga untuk mengkebumikannya.

sebak di dada rasa nak luahkan. tapi kematiannya bukan untuk ditangisi, tapi untuk diinsafi. mati itu pasti, hidup insyaAllah. apalah sangat dunia sekadar tempat untuk berhibur. bila-bila masa pun Allah boleh cabut nyawa kita. insaflah...

selesai menyembahyangkan jenazah, dikejutkan pula dengan kematian jiran tidak jauh dari rumah aku. apakan daya, al-fatihah sahaja yang aku mampu sebagai sedekah. tersentak seketika, sebab jiran tersebut bersama-sama aku mengikuti rombongan ke kelantan tempoh hari. muda lagi... ironi kan?

dua kematian dalam satu hari. masing-masing dengan cerita tersendiri. ternyata janji Allah itu pasti. terkenang ketika bacaan talkin, bertanya aku kepada diri sendiri "bolehkah aku menjawabnya?" Allah... kadar peringatan buat diri aku yang sering kali leka. wallahua'lam..

7 comments: