Wednesday, December 1, 2010

tragedi disember...

Assalamualaikum...

hari bukan hari nak bersedih. hari ni hari yang kita patut bersyukur. kedengaran bunyi burung berkicau di pagi hari ni buat aku rasa bersyukur sangat.

hari ni ada rombongan orang kampung ke pameran malaysia agriculture, horticulture adn agrotourism (MAHA). bapak aku dengar kata hari tu nak ikut. mak aku pun ada suruh aku ikut, saja nak bagi meriah. tapi tu perancangannyalah. perlaksanaan entahlah.

Alhamdulillah, kita dah memasuki bulan terakhir untuk tahun ini sebelum memasuki tahun 2011. kalau tahun depan ada pilihanraya aku dah boleh turut serta. hehe... (tak ada kaitan). hari ni juga merupakan hari pertama kakak ketiga aku mula bekerja.

ihsan google

plan hari ni tak tahu lagi nak buat apa sebab kalau nak diikutkan tugas aku bila kat rumah ni adalah menjadi driver. "akak nak pergi pasarlah hari ni, din bawak ek.", "minggu depan ko bawak adik ko pergi rumah kak na, dia nak sangat pergi" dan banyak lagi permintaan. tak apa, yang penting aku tak keluar duit. ekeke...

mulakan hari anda dengan senyuman. semoga ceria-ceria selalu!

2 comments: