Friday, November 26, 2010

kawaii gedget's contest

Assalamualaikum...

dalam usaha menjadi blogger tegar di musim-musim cuti ni, sekali lagi hari ni aku nak join contest. kali ni contest oleh mommy pinky seperti tajuk di atas.

jom kita tengok syarat-syarat penyertaan sebagai checklist:
1. follow blog kawaii gedget. blog mommy pinky ikutla nak follow ke tak. dua-dua aku dah follow. nice gambar pengantin. (berangan jap...) done!
2. tajuk entry tu kena macam tu. jangan pandai-pandai ubah. hehe.. ampun bos. saya tak ubah sih~ done!
3. letak banner contest dengan link back pada entri contest. done!
4. pilih lagu dan terangkan mengenai lagu tu semenarik mungkin. insyaAllah... done!
5. tag 3 orang kawan minimum. done!
6. update link kat entri kawaii gedget dan sekali dengan nama referral contest ni. done!
7. closing date 13/12/10. nasib lambat lagi.. sempatlah jugak aku mengimbau kembali kenangan-kenangan aku bersama-sama lagu yang aku minat ni. done!
8. yang ni korang baca sendiri dekat link kawaii gadget eyh. berkenaan hadiah. hadiah dia best tau. ekeke... hopefully done!

ok.... mula!
banner contest~

lagu yang aku pilih untuk contest ni ialah lagu tombo ati atau obat hati oleh opick.


dah dengar dah? sedap kan lagu ni... kali pertama aku dengar lagu ni dah lama dah. masa tu ada pertandingan nasyid kat utp. kami di ipg pun menghantar wakil tapi kalah. hehe... lagu ni dijadikan lagu montaj sebelum dan selepas pertandingan. masa tu aku bukanlah seorang berjiwa nasyid sangat (sekarang pun tak sangat kot) jadi tak tahulah mana asal lagu ni dan siapa penyanyinya.

setelah beberapa tahun baru aku tahu siapa penyanyi lagu ini setelah membaca satu artikel seorang ustaz (ustaz hasrizal) dalam blognya saifulislam.com. apa yang menariknya tentang lagu ni ialah bila aku dengar je hati aku tiba-tiba rasa tenang selain isinya yang sangat bermanfaat. lagu ni dwi bahasa iaitu bahasa jawa+bahasa indonesia sebab penyanyi berasal dari indonesia.

jom kita sama-sama dengar dan ambil iktibar daripada lagu ni. jangan risau kepada sesiapa yang tak faham bahasa jawa ada translation dia dalam bahasa indonesia. jom sama-sama kita hayati bait-bait lirik dalam lagu ni. renung-renungkan dan selamat beramal!

baiklah orang yang aku nak tag untuk turut sama join contest ni ialah


selamat mencuba dan semoga berjaya! hehe...

5 comments: