Friday, November 19, 2010

oh friendster ku...

Assalamualaikum...

kalau sebelum ni panjang-panjang aku tulis sampai ada orang komen kali ni aku tulis kontot-kontot je ek. lagipun blog aku suka hati akulah nak taip panjang ke pendek kan? ekeke..

baiklah, selain seronok berblog dan baca entri-entri yang aku minat (tak semua entri aku suka baca), hobi aku jugak adalah ber'facebook'. boleh dikatakan terkena sindrom-sindrom ketagihan facebook macam yang orang selalu cakap tu. tapi tak adalah sampai tinggal solat. ish.. simpang malaikat 44.. adeh~

sekarang aku nak membawa sejarah aku bersama-sama dengan pelbagai jaringan sosial (social network) yang aku dah sertai.

mula-mula aku buat emel kalau tak silap masa aku tingkatan 3. dah tua baru nak buat emel. tapi emel tu aku pakai sampai sekaranglah. kemudian masa tu tengah hot myspace dan friendster. semua orang ada, jadi aku pun adalah satu akaun friendster dan akaun myspace (ada 20++ je kawan. ekeke). dua ni je pun yang terkenal masa tu.

dalam masa yang sama aku ada join jugak tagged, hi5, ning untuk cikgu-cikgu dan banyak lagilah jaringan sosial. tapi satu pun tak aktif kecuali friendster. sebab banyak sangat pun nak buat apa. sampailah awal tahun 2009 kawan aku perkenalkan facebook. masa tu facebook ni tak terkenal sangat macam sekarang. adalah dalam 2 bulan aku tak aktifkan akaun facebook. masa tu nak cari kawan pun susah.

kemudian pada akhir tahun 2009 fenomena facebook mula menular kat tempat aku belajar. kalau sebelum ni kawan-kawan aku ramai dalam kalangan rakan sekolah lama, sekarang dah bertambah sebab hampir semua orang kat IPG aku ada facebook. dulu mula-mula buka facebook sebab nak main game je tapi sekarang zaman main game aku dah berakhir agaknya. facebook untuk mencari rakan yang lama terpisah (eceyh..).

pada oktober 2009 kalau tak silap, aku mula berjinak-jinak dengan blog. memang blog dan facebooklah yang aku aktif sampai sekarang. cuma satu je, aku memang sengal sikit blog ni. banyak lagi yang aku tak tahu pasal blog sebagai contoh nuffnang tu apa? (ada tapi macam tak ada fungsi) blogwalk baru-baru ni je aku macam tahu sikit. SEO tu apa? buffered earning? coding entah apa-apa entah. fuh.. pening kepala fikir.

sebenarnya bukan aku tak nak ambil tahu cuma berbalik kepada niat akulah nak berblog ni. aku suka baca entri orang yang berinput walau kadang-kadang layan gak entri jiwang dan cerita hidup mereka. aku suka tengok orang dengan kreativiti blog masing-masing walaupun blog aku simple je. aku suka cari jodoh, eh kawan kat facebook ni sebab minat kita tentulah sama betul tak? yang penting aku suka post entri yang aku rasa bermanfaat untuk semua. nak baca ke tak tu terpulanglah kan.

satu lagi entri yang tak berinput. sekadar luahan hati seorang blogger picisan (apa ntah maksudnya). tulus ikhlas dari hati penulis ke jiwa pembaca. kepada blogger-blogger semua, teruskanlah berblog dan hasilkan tulisan-tulisan yang seronok dibaca ikut minat masing-masing. prinsip aku blogwalk bukan setakat 'walk', kita baca walaupun sekadar profile penulis. salam jumaat semua!

*ingatkan entri pendek. rupanya panjang jugak. i'm sorry!
*tajuk hanya sekadar hiasan. langsung tak melambangkan seluruh isi entri ini. =)

14 comments:

  1. hehe...membaca itu amalan yang sehat.

    pedulik ape org kata..
    dorang jelez ler tuh.
    hehehehe.....
    salam jumaat..

    ReplyDelete
  2. @kakitidor yeah! like2.. agaga.. salam jumaat gk kakituru (turu=tidur). tq yep. hehe...

    ReplyDelete
  3. enna punya fs dah deactive dah. huaaa..skang ada fb ngan blog saje.uhuu :P

    ReplyDelete
  4. biarlah panjang..dah ko mmg suka nak menulis..pe slhnye tnjuk bakat tulis pnjang2..=P

    ReplyDelete
  5. @Qa haa.. ni aku suke.. bagus r ko.. support aku.. hihi

    ReplyDelete
  6. hehe. friendster dah jd cam budak2 je.
    myspace plak baru je tukar. lgsg ta reti nk maen dah. hee.

    p/s: apa dah jd dgn millatfacebook?

    ReplyDelete
  7. @shada wentz tu la.. ape cer millatfb? hurm.. kne kaji blk ni wujud lg x.. ades..

    ReplyDelete
  8. heheh..sonok kn ade sume 2... tp dlm2 byk2, blogging plg best~

    ReplyDelete
  9. @^baju kurung^ kenapa ek blogging best? sy pon dh terkena tempias blogging ni.. hehe

    ReplyDelete