Friday, November 19, 2010

penampakan sosok entiti...

Assalamualaikum...

*entri yang panjang. siap sedia!


tajuk nak gempak. bukan apa, entri aku kali ni memang berkait rapat dengan perkara yang berlaku di sekeliling aku bila musim-musim cuti ni bermula. balik kampung, jumpa sanak-saudara, atuk nenek dan sepupu-sepupu yang memang dah lama aku tak jumpa.

selalu tak korang dengar orang zaman dahulu kuat bekerja? teroka tanah berekar-ekar dalam masa 1 malam menggunakan parang. boleh ke manusia biasa lakukan perkara macam tu tanpa bantuan? dan bantuan pula dalam bentuk apa?

perkara ni berkisar tentang keadaan atuk aku yang agak uzur sekarang ni dan bagaimana kehidupan beliau sebelum ini. Alhamdulillah 'benda' tu dah berjaya dibuang. aku pun tak tahu patutkah aku cerita semua ni tapi sekadar perkongsian dengan kawan-kawan. baiklah taknak cerita lebih-lebih mengenai atuk aku. doakan sahaja beliau cepat sembuh. ameen...

dalam masyarakat zaman dahulu terutama golongan veteran sekarang ini, kepercayaan kepada kuasa-kuasa lain seperti jin dan syaitan sangat ketara. tapi aku tak tahulah kalau masyarakat melayu, tetapi kalau masyarakat jawa memang perkara ni sering berkait rapat. keperluan kepada bantuan seperti jin dan syaitan ni bagi aku hampir semua orang perlukannya dan kebanyakan mereka menggunakan jenis bantuan ini untuk menjaga kebun atau sebagai penguat badan supaya rajin bekerja.

kebanyakan golongan tua jawa yang aku jumpa terutamanya dan kebanyakan mereka sekarang ni mencapai umur 80-90an masing-masing ada cerita mereka sendiri berkait dengan kepercayaan ni. ada yang gunakan untuk kebaikan seperti untuk bekerja yang aku beritahu awal-awal tadi, tak kurang yang gunakan untuk perkara tak baik seperti hantu raya dan toyol? boleh percayakah perkara toyol dan hantu raya ni?

apa yang menarik bila aku balik kampung ialah dapat bersembang-sembang dengan semua ahli keluarga beramai-ramai. masa ni mulalah mak dan bapak aku cerita mengenai perkara ini dan bagaimana mereka perolehi semua 'benda-benda' ni.

pernah dengar saka? pernah tengok movie waris jari hantu? tengah duduk seronok bercerita pasal perihal jin dan syaitan ni mulalah mak aku kaitkan dengan cerita pengalaman orang yang diceritakan kepadanya antara ceritanya.

cerita 1: macan (harimau)
bila mak aku cerita mengenai perkara ni teringat cerita waris jari hantu. jelmaan harimau berbentuk saka dan diturunkan dari generasi ke generasi seterusnya. aku pun tak berapa tahu sangat tapi macam tu lah yang mak aku ceritakan.
baiklah ceritanya macam ni, ada seorang atuk (pemilik saka). satu hari, anak dia datang untuk melawat atuk ni sebab dikatakan telah lama uzur. sampai jenkat rumah tu dia nampak ada macam satu lembaga di atas katil atuk tadi dengan badan berbelang. nak tegur tapi tak nampak muka. jadi anak ni pergi ke dapur menemui kakaknya yang sedang memasak.
"kak, mak mana?"
"mak, kat rumah abang ko kl"
maka adik ni pun tergamam sekejap padahal kakak tadi duduk seorang menjaga atuk tadi.
persoalan siapakah di atas katil tadi? tanpa sepatah kata adik tadi beredar.
setelah diselidik rupanya atuk tadi mempunyai saka yang kuat dan mampu menjelma sehingga begitu sekali. saka yang dibawa telah lama dituruni sejak turun-temurun.
adik hanya menceritakan pengalamannya setelah kecoh perkara tersebut.

cerita 2: ilmu menurun
ilmu ni aku tak boleh pastikan kesahihannya sebab ianya hanya diceritakan dari mulut ke mulut. baru aku tahu rupa-rupanya untuk mendapatkan pendamping ni ada dua cara. sama ada menuntut atau pun 'benda' tu datang mendampingi kita.
menuntut: bila mana kita sendiri mencari 'benda' tu. bila mak dan bapak aku cerita perkara ni mulalah cerita penjaga gunung merapi dan bagaimana ada satu tempat dikawasan gunung merapi tu yang merupakan pusat nak menuntut sehinggakan dengan hanya niat sahaja kita akan memperoleh pendamping. masyaAllah...
macam mana pula dengan yang datang mendampingi? melalui cerita yang aku dengar kalau 'benda' ni datang sendiri ni lebih kurang dia syok kat kita. sebagai contoh pendamping tu datang dengan sendiri dalam bentuk wanita tua (ikut suka dia lah) menemui orang yang diminati dan mengajar ilmu-ilmu sebagai contoh ilmu kedukunan dan mengurut.

itu sahaja yang boleh aku ceritakan sebab kalau nak ikutkan memang banyak perkara yang boleh aku ceritakan lagi tapi takut banyak mengarut. tujuan aku ceritakan semua ini bukan sebab nak takutkan siapa-siapa tetapi sekadar ingin berkongsi. sesungguhnya bagi aku, perkara-perkara seperti ini tergolong dalam perkara-perkara syirik. nauzubillah...

bagaimana kita lebih mengharapkan kekuatan selain daripada Allah? kadang-kadang bila pergi berubat dengan dukun atau bomoh bahkan pergi ke hospital menerima rawatan doktor kita sering menyatakan terima kasih kepada ubat, terima kasih kat doktor, terima kasih kat dukun atau bomoh. bukankah kita patut berterima kasih kepada Allah? ubat, dukun dan bomoh hanyalah ikhtiar. sedarkah perkara-perkara kecil macam ni pun boleh membawa kepada syirik? inikan pula meminta tolong dengan jin dan syaitan?

"Dan janganlah kamu memohon kepada selain Allah, yang tidak dapat memberikan manfaat dan tidak pula mendatangkan bahaya kepadamu; jika kamu berbuat (hal itu), maka sesungguhnya kamu, dengan demikian, adalah termasuk orang-orang yang zhalim (musyrik)." (Yunus: 106)

setakat itu sahaja perkongsian aku hari ni. tiba-tiba teringat pesan seorang pensyarah sebelum memulakan salah satu kuliahnya semester lalu. "dua jenis ilmu yang orang melayu kita zaman ni suka cari. pertama ilmu seks dan yang kedua ilmu sihir." sejauh mana kebenarannya kata-kata pensyarah ni aku rasa anda semua boleh menilai sendiri dan ada pengalaman masing-masing. renung-renungkan dan jom beramal!

8 comments:

  1. perghhh...ko tulis ke atas tu bro?
    rajin gilaa!!

    *pengsan* hoho

    btw. nice2! :)

    ReplyDelete
  2. owh seram..
    dulu atuk pn ada kes mcm ni..terlebih ilmu..alhamdulillah dpt buang..jgn dpt kt anak cucu..hihi
    menakutkan..mga dpt dielakkan...insyaallah..

    ReplyDelete
  3. @shada wentz taepla.. mane aku tulis.. ntahla.. x retila taep sket2.. ekeke (blagak gler)

    ReplyDelete
  4. @Allin tu la.. lg satu mslh ni kne diturunkn.. nk trunkn kt sape? anak2 la.. sian.. x putus2..

    ReplyDelete
  5. tulis berjela2...tp isik haram takde..ha3...ape pun, menarik lh post ko wak..huhu

    ReplyDelete
  6. salam..
    ak tag ko kat blog aku..
    join contest!
    see blog aku yer..
    mekaseh..
    =)

    ReplyDelete