Sunday, November 7, 2010

rekreasi matematik: soalan mudah yang selalu orang tersilap...

Assalamualaikum...

soalan ni aku ambil sebijik dengan satu blog bahasa inggeris kawan dari uum kalau tak silap yang aku ikut (follow) baru-baru ni [link]. maklumlah cikgu matematik kan, jadi ada baiknya kalau aku ikut blog-blog yang berkaitan. soalan yang aku nak bagi ni tak susah tapi selalu orang educated pun akan terkeliru. aku pun keliru kot... haish~

baiklah soalan dia macam ni. aku translate je soalan ni balik dengan sedikit ubah suai menggunakan nama orang yang common dalam soalan math:

ali beli buku dengan harga RM8,
selepas membacanya, ali jual buku tu kepada abu dengan harga RM9.
kemudian ali rasa menyesal dan beli semula buku tu daripada abu dengan harga RM11.
lepas itu baru dia jual balik buku tu kepada raju dengan harga RM12.

soalannya berapakah jumlah untung/rugi yang ali perolehi?

cuba jangan tak cuba! ekeke...



cuba anggap ali ada RM10 pada peringkat awal


beli RM8: baki Rm2
jual RM9: jumlah RM11
beli balik RM11:  baki RM0
jual balik RM12: jumlah RM12


sekarang ali ada RM12. tolak dengan jumlah yang ali ada pada peringkat awal RM10
jadi sekarang ali ada RM2


so jawapannya ali untung RM2


dah dapat jawapan dia? kalau nak tahu jawapan try highlight kat ruang kosong atas ni. pastikan anda cuba dulu baru tengok jawapan. kalau tak, tak seronoklah kan. ok have fun!

*sempat lagi buat entri baru aku ni. padahal dalam mood periksa. kepada kawan-kawan yang turut nak ambil periksa tu buatlah yang terbaik k. jangan jadi macam aku ni malas study. hehe.. apa-apa pun aku nak ambil peluang ni nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger dan siapa-siapa yang sudi baca blog aku yang kuat merapu ni. maaflah kalau korang bosan tengok blog ni. doakan aku boleh jawab periksa ek. lepas periksa atau kalau ada masa aku balas kunjungan korang. insyaAllah.. leave ur link k. thanks guys!

4 comments:

  1. weh. gudluck exam! ak dari dulu smpai skrg xdpt nk jwb soalan cmni..salu aku dapat soalan Rm 5 tu..hehe

    ReplyDelete
  2. tq... takpe2.. sj nk bg otak penin ni.. hehe. soalan rm5? :h:

    ReplyDelete
  3. ade...soalan camni gak..tp mesti guna rm 5..ak pn xingt ape dy..

    ReplyDelete
  4. @Qa ade ek? hehe... tp mmg bnyk soalan lebih kurang cmni..

    ReplyDelete