Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidiladha

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku selamat sampai di rumah. tak hujan dan tak panas. walaupun penat main bola pagi tadi tak habis lagi, atas semangat nak beraya dirumah aku jalan jugak. memang bersyukur sangat. naik motosikal pun perlahan seronok tengok suasana di sepanjang jalan. tapi dapat raya feel balik kampung bila tengok orang jual lemang tepi jalan.

terfikir jap... dah macam hari raya (aidilfitri) pulak rasanya.

raya kali ni kakak-kakak aku yang dah berkahwin semua tak balik kampung. semua balik rumah mak mertua. biasalah dah berkeluarga. abang aku pun belum balik lagi. ke tak balik? entahlah... yang tinggal kat rumah ni kakak ketiga dan adik-adik aku je. meriahlah jugak raya ni agaknya.

kepada kawan-kawan semua aku nak ucapkan selamat hari raya aidiladha. carilah ilmu berkenaan hari raya ini ye. jangan sekadar tahu hari raya haji ni dengan ibadah qurban saja. syukur sangat ada internet. semua dihujung jari. akhir kalam... jom cari... takbir!

9 comments:

  1. "terfikir jap... dah macam hari raya aidiladha pulak rasanya."

    mcm ada silap je tu bro. hee :)

    ReplyDelete
  2. @shada wentz eh2.. yeke? hehe.. ni kes pnt2 nek moto tros online.. pnin jp2.. hehe. sgan2.. sy wt correction ye ticer..

    ReplyDelete
  3. @fatin hanani selamat hari raya fatin.. jgn mkn dgg lbey2 nti gmok.. hehe

    ReplyDelete