Monday, November 29, 2010

sesi suai kenal...

Assalamualaikum...

agak janggal sebab baru sekarang nak buat sesi suai kenal. tadi sempat tengok balik post-post entri lama dalam blog aku ni, sepanjang setahun lebih aku berblogging ni, rupa-rupanya tak pernah satu entri pun cerita pasal diri aku. dah sampai masanya agaknya aku ceritakan sedikit sebanyak tentang kehidupan aku.

padat, ringkas dan menyeluruh. haha...

gambar dulu-dulu
nama sebenar mohd wakiyuddin bin rosnan. nama panggilan waki, wak, yudin, din dan wakiyuddin. anak kepada haji rosnan dan pn. norasiah. anak kelima daripada 7 adik-beradik. berasal dari sabak bernam selangor. status aku buat masa ni BUJANG. haha...

perangai biasa-biasa, nak cakap baik sangat tak jugak, nak kata jahat pun tak jugak. moderate mungkin. kalau dulu sangat pemalu sekarang banyak cakap (aku rasalah...). kalau dulu kurus sangat, sekarang masih kurus lagi. haha.. suka berjalan, suka makan, suka dengan aktiviti luar dan berkumpulan. sangat suka berkawan.

mula menuntut ilmu di tadika kemas kampung banting. bersekolah rendah di sekolah kebangsaan kampung banting, sabak bernam. bersekolah menengah di SAMTSSAAS batu 38, sabak bernam dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 3 sebelum mendapat tawaran bersekolah di sbpi sabak bernam hingga ke tingkatan 5.

selepas spm aku menyambung pelajaran aku di kolej matrikulasi kedah selama dua bulan sebelum mendapat tawaran dalam bidang pendidikan di institut perguruan ipoh (kini ipg kampus ipoh). hinggalah sekarang, insyaAllah tahun hadapan merupakan tahun akhir aku di ipg sebelum ditempatkan di sekolah sebagai seorang guru sekolah rendah. insyaAllah... subjek yang aku ambil di ipg ialah matematik (major)/ bahasa inggeris/ pendidikan jasmani (minor).

nama blog aku 'ceritera ibnu rosnan' bermaksud cerita anak rosnan. akulah tu. sesetengah rakan blogger ada yang tersilap dengan memanggil aku dengan nama bapak aku. blog aku ni lebih kepada menceritakan kisah hidup dan pengalaman aku, ilmu-ilmu yang boleh dikongsi dan lontaran idea aku untuk tatapan dan kritikan mungkin. lebih kurang diari jugaklah tapi untuk tatapan umum.

cukup setakat ini sahaja pengenalan tentang diri aku. sebarang kemusykilan bolehlah korang ajukan kat ruangan komen ye. aku pun tak reti sebenarnya nak cerita apa. adioz!

9 comments: