Assalamualaikum...
dalam persahabatan sering kali wujud perselisihan faham dan pergaduhan. perkara ini memang sukar untuk dielak kerana manusia merupakan makhluk yang unik. kita semua dikurniakan akal fikiran untuk berfikir baik buruk. perkara inilah yang sering kali menimbulkan perbezaan pendapat dan perselisihan antara kita sesama manusia.
dalam sebuah sesebuah persahabatan yang baik, kita memerlukan insan-insan yang saling memahami tingkah laku dan tahap penerimaan individu yang berbeza-beza. sesungguhnya sebuah persahabatan tidak akan lahir jika tiada nilai-nilai kasih sayang dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
kita sering kali melihat, perbezaan watak dan latar belakang individu dalam bersahabat. ada golongan yang bersahabat dengan cara yang lebih ofensif. manakala sesetengah golongan yang lain akan menggunakan pendekatan defensif dalam bersahabat.
seperti dalam permainan bola sepak, kita dapat lihat ada pasukan yang membawa pendekatan ofensif ketika perlawanan. sesuai dengan maksudnya, golongan ini akan lebih banyak menyerang atau agresif. sebagai contoh dalam sebuah persahabatan, insan-insan ini akan cenderung untuk lebih menonjolkan diri. mereka ini sering kali inginkan kuasa dan suara mereka didengari dalam sesebuah organisasi atau komuniti. jika terlibat dalam perselisihan faham, mereka ini akan berdiri teguh dengan pendirian masing-masing tanpa boleh diubah. kadang kala sukar untuk menerima pendapat orang lain dan sering kali membuat pertimbangan sendiri sejajar dengan pendirian yang telah mereka buat.
sebaliknya, lawan untuk golongan ofensif sudah tentulah golongan yang selesa dengan pendekatan defensif. golongan dengan pendekatan ini cenderung untuk mendiamkan diri dan memendam perasaan di dalam hati. umpama platun askar yang berehat di zon selamat ketika peperangan. mereka lebih selesa untuk tidak melawan dan mengelak sebelum terkena. sikap defensif dalam persahabatan bukanlah sesuatu yang baik. sebagai contoh dalam pergaduhan dan perselisihan faham, mereka ini cenderung untuk mengalah dan tidak menegakkan kebenaran hujah mereka walaupun mereka benar. perkara ini umpama bom jangka yang bila-bila masa sahaja akan meletup. jika sekali bom jangka ini meletup, terbukalah segala api kemarahan, dendam kesumat dan perasaan tidak puas hati yang telah lama tersimpan selama ini.
baiklah, apa yang aku nak tunjuk bukanlah berkaitan bola sepak atau taktik menyerang. tapi apa yang aku nak sampaikan ini ialah tentang persahabatan. sesungguhnya persahabatan merupakan ikatan yang sangat penting dalam diri setiap makhluk bergelar insan. usahlah biarkan pendekatan ofensif membenarkan sifat ego dan hasad dengki menebal dalam diri kita sehinggakan langsung tidak dapat menerima pendapat orang lain. ataupun terlampau defensif dalam bersahabat sehinggakan diri sendiri merana.
kita manusia memang sering kali membuat kesilapan. namun, kesilapan bukanlah untuk diperlekeh atau dihina. tetapi kesilapan adalah untuk diperbetul dan diperbaiki. antaranya, peranan sahabatlah yang diperlukan untuk sama-sama membimbing rakan yang telah jauh tersasar. sahabat yang dicari adalah sahabat yang berada di sisi kita di saat susah atau senangnya kita. bukanlah sahabat yang hanya mula mencari kita disaat kesusahan sahaja dan bergembira berseorang ketika berjaya. sifat saling hormat-menghormati dan kasih sayang dalam bersahabat amat diperlukan ketika rakan dalam kesusahan. dari situlah timbulnya ukhwah dalam masyarakat.
hari ini, aku sendiri dapat lihat pelbagai ragam orang bersahabat. ada yang bersahabat kerana minat yang sama, ada yang bersahabat kerana harta, ada yang bersahabat kerana inginkan nama, dan ada juga yang bersahabat kerana terpaksa. ingatlah kawan-kawan, sesungguhnya nilai persahabatan yang lebih baik itu adalah bersahabat kerana Allah swt. janganlah sesekali kita memutuskan persahabatan kerana Allah benci orang berpecah belah.
aku sendiri bersahabat dan aku sayang sahabat-sahabat aku yang telah bersama-sama mencorakkan kehidupan aku selama ini dengan warna-warninya yang tersendiri. semoga ikatan ukhuwah ini akan berkekalan dan menjadi memori indah dalam ingatan aku. ameen~
*maaf jika entri ini terlampau panjang. tidak lain hanya untuk menyampaikan apa yang dirasa. yang baik ambillah pengajaran dan yang buruk jadikan sempadan. insyaAllah... renung-renungkan dan selamat beramal!
wahh!! satu article y pnjng lebar n bmakna. good job yudin!! hahahha...
ReplyDelete@Anonymous haha.. thanks anony.. :h:
ReplyDeletecane la leh dpt ilham nak tulis satu artikel yg pnjg lebar sbgini.. (ayat skema ayam..)
ReplyDelete@-NanI- cane? hurm... xtau la.. ilham dari org sekeliling kot...
ReplyDelete:b:
ReplyDelete@Anonymous kenape kah?
ReplyDeletefuyyyooo
ReplyDeletekan dah ckp en yudin da jd pakar motivasi..
hehehe
sayangilah sahabat kite..tanpa mereka..siapala kite...
ReplyDeleteNew Topic: "Coupling" Trend
@Siti Azlin Iris ngee... mane de pon.. ni bese2 je la..
ReplyDelete@peah @ peps yes.. thumbs up!
ReplyDelete