Friday, December 3, 2010

gangguan seksual... aku atau kau?

Assalamualaikum...

bila cerita pasal gangguan seksual ni kebanyakannya kes di malaysia berlaku kepada kaum hawa. ia melibatkan gangguan emosi, tekanan jiwa dan sebagainya. bila orang mengalami gangguan seksual kebanyakan mereka akan mengalami kemurungan dan mempengaruhi prestasi kerja atau pelajaran.

ihsan google
baru-baru ni aku ada berjumpa seorang rakan dan beliau mengeluarkan pernyataan ini "siapa kata perempuan selalu kena gangguan seksual? lelaki hari-hari kena gangguan seksual"

ok kita lihat pula apa yang dimaksudkan dengan gangguan seksual.

"gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta..." selanjutnya klik sini.

baiklah kita lihat keadaan sekarang. konsep pemakaian wanita masa kini kebanyakannya berniat untuk menonjolkan diri. bila nak menonjolkan diri, maka 'benda-benda' tu lah yang ditonjolkan. bila aku fikir-fikir balik kadang-kadang benar jugak kenyataan kawan aku tu.

"pakai baju ketat, dedah sana dedah sini, lenggok jalan yang menggoda dan wangian-wangian yang menarik perhatian". kelakuan ni termasuk dalam maksud gangguan seksual di mana kelakuan ini disengajakan dan kami lelaki tidak mengkehendakinya, sama sekali meminta-minta.

selaku insan yang bergelar lelaki, kami juga akan terseksa batin, jiwa meronta-ronta, dan mungkin ada sesetengahnya akan mengalami kemurungan. cuba bayangkan keluar rumah je terima gangguan seksual. bukan kami pinta, tapi perbuatan tu disengajakan.

walaupun aku sedar, sesetengah lelaki memang ada yang suka keadaan ni, tapi kena ingat ada juga sebahagian besarnya mungkin sangat benci keadaan ini. maklumlah, keluar rumah dapat dosa kering tak pasal-pasal.

apa yang ingin aku suarakan pada entri kali ini ialah, kepada wanita-wanita yang aku hormati sekalian, hentikanlah gengguan seksual terhadap kaum lelaki. kembalilah kepada tatacara pemakaian muslimah yang sebenar. kami dah cukup terseksa dengan keadaan ini. tutuplah aurat sebaik mungkin.

wassalam...




*maaf kalau entri ni ada mengguris hati mana-mana pembaca. tujuan aku hanyalah untuk berkongsi pendapat.
*sekadar luahan hati seorang lelaki biasa. yang baik sama-sama ambil iktibar. yang tak baik buang je jauh-jauh.
*sila komen jika ada penjelasan lanjut. =)

10 comments:

  1. thanx a lot utk entry nie...moga mampu diambil iktibar bersama..(^_^) kdg2 bila berlaku kes2 rogol or seumpamanya,hanya satu pihak je yg disalahkan iaitu kaum adam..tapi,pernah x kaum hawa tanye diri sendiri...'aku ke yg sebenarnya yg menarik mereka..??' huhu..wallahu'alam..sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  2. @Fiqah Alias sme2.. xpe kami dh bese.. no heart feeling pnye..:q: entri ni sekadar pndpt juga.. jd x slh kalau kte share pndpt msg2 kn? btw thanks 4 da comment. :t:

    ReplyDelete
  3. good approaching people to wear good attire :)

    ReplyDelete
  4. @FasiHaH SupiaN hurm.. yeah. mybe. anything possible right? people do change..

    ReplyDelete
  5. good entry..kdg2 si gadis perlu jaga pemakaian. sbb kebykan kes yg berlaku berpunca drp kelalaian si gadis menjaga diri sendiri... pendek kata, pepandai la ye ^^

    (nasihat utk diri sendiri jugak=.=")

    ReplyDelete
  6. betul juga kan... mana taknyer lelaki dok lakukan gguan seksual... da pompuan sendiri adakan laluan

    ReplyDelete
  7. @pN.rOs mcm tu gamaknye.. ni sekadar pndpt sy je. klu msg2 jge kn x jd mslh gangguan seksual ni..

    ReplyDelete