Thursday, December 2, 2010

rekreasi matematik: kame hame ha!! aku pun tak tahu jawab..

Assalamualaikum...

dah lama aku tak cek formspring aku. ala, benda yang tanya-tanya tu. selalu ada kat blog. korang pun ada jugak bukan?

hari ni bila aku cek-cek adalah 3 soalan baru yang perlu aku jawab. maaflah kalau aku lambat reply sebab aku jarang cek inbox emel. lagipun berapa kerat je pun orang nak tanya soalan kat aku ni. hehe...

antara soalan tu ada tanya aku "bila nak ke ipoh", "macam mana nak jadi kaya?" (susah soalan ni...) dan tak lupa yang berkaitan dengan matematik (wah... terasa macam seorang mathematician yang berjaya pulak).

ok, kalau soalan bila nak ke ipoh tu kalau orang yang kenal aku mesti tau dah aku balik ipoh bila habis cutilah. kalau nak jadi kaya kena bertukar menjadi telurlah. lepas tu boleh jadi kaya (kaya roti).

yang aku nak tekankan sekarang ni adalah soalan matematik tu. sebab aku pun pening nak menjawabnya. soalannya macam ni...

"kenapa hasil darab dua nombor negatif akan menjadi nombor positif?" ok kalau aku dah belajar pun mesti masa cikgu tu ajar aku tidur (contoh tak baik. jangan ikut).

jadi aku pun carilah maklumat kat google. kebanyakan jawapan yang diberikan aku tak berapa nak faham. contohnya macam ni, hutang (-ve) darab hutang (-ve) = nilai hutang (+ve).

kenapa macam tu? ada siapa-siapa nak tolong aku dan kawan yang bertanya ni? bagi penjelasan sikit... huhu...

8 comments:

  1. haha..gile pening nak menjawab :D

    ReplyDelete
  2. hehe..seyes lawak..sebab dia tolak-tolak sampai terjatuh ats stu sma lain.sebab tu jadi positif..(err logik ke..)agaga

    ReplyDelete
  3. @syrupmasin hurm.. tau xpe.. ade jwpnnye.. cume aku ni sengal sket bi so die tulis aku x phm.. agaga~

    ReplyDelete
  4. @San main tolak2 pstu jatuh atas satu sama lain.. tbe2 teringat lego.. hehe

    ReplyDelete
  5. @peah @ peps xyh register.. jwpn dh ade dh... cume sy x phm je.. hehe

    ReplyDelete
  6. "ade sesetengah perkare jgn ditanya kenape, kite kene terima je~ contoh mcm ayam, kenapa ayam berkokok tak mengiaouww??"

    haha. ini jawapan cikgu addmath ke cikgu fizik mase dlm kelas sbb sye m'pertikaikan formula hukum dan seangkatan dengannye~
    :l:

    ReplyDelete