Saturday, December 25, 2010

hari-hari yang memenatkan...

Assalamualaikum...

apa khabar semua? entri ni aku tulis sebab tak ada modal nak cerita. kira macam ambil mood menulislah. saja nak cerita pengalaman aku sepanjang hari ni.

seperti yang telah aku ceritakan pada entri sebelum ni, hari ini merupakan hari pertunangan kakak aku yang terakhir. jadi, dari pagi sampai ke petang memang sedikit sibuklah. biasalah tunang siap ada kenduri sikit.

kenduri kecil-kecilan dengan menjamu tetamu yang hadir dari pihak lelaki dan para kejobos (orang yang merewang) yang hadir. dilakukan dalam suasana gotong-royong. saat ini memang aku kena rakam elok-elok dalam memori aku sebab 10 tahun akan datang entah ada lagi atau tidak.

sempat jugak aku mendengar perbincangan semasa proses meminang berlangsung. memang agak protokol cara penyampaian mereka. tapi tu pun mereka cakap dah tak berapa rasmi. agak-agaknya kalau orang dulu-dulu macam mana la ye...?

hantaran 7 berbalas 9 dulang... dengan hantaran yang mewakili simbolik masing-masing. memang betullah orang cakap orang kita ni menyanjung adat. tak apalah selagi tak menyalahi syarak dan tidak membazir (harap-haraplah tak membazir).

cincin disarung oleh bakal mak mertua, maka bertukarlah status kakak aku sebagai tunangan orang. kalau kat facebook dah tukar dah status si polan engaged to si polan. wah~ berangan jap.

baiklah, aku dah kehilangan idea nak menulis. lain kali kalau ada idea lain aku tulis lagi. syok merapu ni kadang-kadang. hehe...

No comments:

Post a Comment