Assalamualaikum...
cuti... oh cuti... kenapa kau cepat sangat berlalu. cuti yang telah pun aku susun cantik perjalanannya dulu pada hakikatnya langsung tak ada yang berjalan mengikut perancangan. tapi ironinya yang berlaku lebih baik dan lebih cantik.
kalau dulu aku pernah merancang untuk bekerja ketika cuti, tapi hajat itu tak kesampaian. tetapi dengan itu aku dapat mengikuti rombongan ke kelantan dan dapat bertemu tuan guru nik aziz yang baru sahaja balik menunaikan haji.
kalau dulu aku pernah merancang nak mengikuti program fasilitator atas undangan rakan aku. program tersebut batal, namun hajat aku digantikan dengan mengikuti program fasilitator atas undangan ustaz aku sendiri. Alhamdulillah...
kalau dulu aku kecewa sebab plan cuti-cuti aku tiada yang menjadi. namun, kini bila aku fikir-fikirkan balik. wah... macam-macam tempat aku pergi cuti ni... negeri sembilan, klang, ipoh, kelantan, bagan datoh, teluk batik dan banyak lagi.
kalau dulu aku ingat cuti aku kali ini sia-sia, tapi bila difikirkan semula, kini aku telah mempunyai pengalaman menguruskan jenazah ketika peninggalan arwah atuk saya baru-baru ini. jika tidak sebelum ini sekadar teori sahaja.
belum kira ilmu blogging yang dah semakin mantop (ok yang ni poyo) dan ilmu fotografi yang menguatkan semangat aku nak beli dslr semester depan. insyaAllah... boleh dikatakan selagi kita hendakkan sesuatu dan berusaha ke arah itu, insyaAllah akan dipermudahkan. betul tak?
di sini aku nak akhiri celoteh aku dengan cetusan dalam hati aku ni. sesungguhnya, memang cantik perancangan Allah. memang benarlah yang aku telah pelajari selama ini, "kita (manusia) merancang, Allah swt juga merancang. sesungguhnya perancangan Allah lah sebaik-baik perancangan." sekian...
isyyy..ni lg sorg nk bli dslr..huhu..
ReplyDelete@LiLyla.. kn mmg aku dh lame nk bli.. cume ko je xtau pstu duet xde tu x bli2.. haha
ReplyDeletebagus2.. nak beli dslr.. wish u all the best!
ReplyDelete@Ainul Syariha thanks ainul..
ReplyDeletesume pkara ta mnjadi sbb kne bli dslr dulu nie..
ReplyDeletebarula sume keja ditanggung beres...
:t:
@ain dzaya yeke? wah... bgus jgk tu... hehe
ReplyDelete