Monday, December 20, 2010

meniti hari-hari terakhir cuti semester kali ini...

Assalamualaikum...

apa khabar semua? harap-harap semua sihat. mintak maaflah awal-awal sebab beberapa hari ni aku tak sempat nak blogwalk sangat. yela... kata nak jadi blogger tegar musim-musim cuti ni. ekeke~

hujung minggu sibuk dengan kenduri. hari-hari biasa dengan program aku sendirilah. ini pulak dah nak habis cuti boleh pulak hari-hari ada program. maklumlah, kita merancang Allah yang menentukan.

hari ni aku ke klang satu hari menemani sepupu atas urusan beliau. esok dan lusa aku diminta menjadi salah seorang fasilitator untuk sebuah program atas undangan ustaz sekolah lama dulu. khamis pula dah ada plan buat perjumpaan dengan rakan-rakan sekolah rendah di teluk batik. jumaat sabtu sibuk dengan kenduri kakak aku nak bertunang. ahad kemas-kemas barang kenduri. isnin dah balik ipoh!

wah... memang tak aku sangka sesibuk ini. tapi semua masih dalam perancangan. mana tau program esok batal ke. sebab aku tak bersedia sangat nak turut serta kerana makluman yang agak lewat. tak apalah buat mana termampu.

jadi, lepas ni aku nak melawat rakan-rakan yang sudi melawat blog aku ni. maaflah entri ni sekadar luahan hati atau lebih tepat keluhan perasaan (yeke?). tak apa jangan mengeluh. kita buat sehabis baik!

2 comments: