Wednesday, January 19, 2011

ianya paksaan... bukan atas kerelaan aku!

Assalamualaikum...

petang-petang termenung sendiri kat rumah. nak turun bersukan pun dah tak ada mood. mulalah nak layan perasaan yang sering gundah gulana ni. tiba-tiba aku mula terfikirkan sesuatu.

tiba-tiba tersedar yang aku dah berada di ipoh untuk menuntut ilmu lebih daripada lima tahun. satu tempoh masa yang lama. kalau mula-mula masuk ipg dulu orang cakap "dah macam buat doktor lamanya" (insyaAllah doktor  untuk anak bangsa).

memang dah tak ada istilah patah balik atau menyesal. kadang-kadang aku sedikit kecewa dengan mereka yang tidak dapat lagi menerima hakikat yang mereka bakal guru. masih lagi kecewa dengan keputusan yang mereka terima suatu ketika dahulu.

tak dapat aku bayangkan kehidupan mereka ini sebagai seorang guru kelak. menghabiskan masa di ipg selama lima tahun setengah hanya untuk mengelak dari membayar semula elaun yang telah diberikan. kemudian keluar menjadi guru tanpa niat yang betul dan bekerja beberapa tahun untuk berhenti menghabiskan kontrak. Allah... lembutkanlah hati kami semua untuk menerima hakikat ini.

semoga aku jauh daripada semua ni. insyaAllah dengan penerapan nilai seorang guru dan ilmu-ilmu yang aku pelajari sepanjang aku di sini sekurang-kurangnya menyediakan aku ruang dan peluang secukupnya untuk keluar sebagai seorang insan yang bergelar 'cikgu'.

entri ni sekadar luahan perasaan aku memandangkan situasi di ipg sekarang ini sudah amat berbeza dengan ipg 4 tahun lalu. apa nak dibanggakan dengan ipg yang dulu terkenal dengan elaun dan 'confirm posting' kerana semua itu bakal berakhir kelak.

Alhamdulillah kerana aku kemungkinan besar tidak akan melaluinya. semoga rakan-rakan se-ipg yang lain terutamanya adik-adik junior dapat mengekalkan semangat dan impak untuk menjadi bakal guru. saya yang menurut perintah Allah~

*entri ni hanya dapat aku post malam sebab dah maghrib tadi. huhu...

4 comments: