Saturday, January 1, 2011

malam santai dakwah tahun baru...

Assalamualaikum...

jam menunjukkan pukul 2.01 pagi ketika aku mula tulis entri ni. aku baru sahaja pulang dari mengikuti satu program anjuran kerajaan negeri selangor dan jabatan agama islam selangor (jais). ramai juga yang terlibat menjayakan program ini terutama dari pihak NGO dan sukarelawan.

program yang telah aku sertai ini bermula sebelum solat maghrib tadi. program malam santai dakwah tahun baru ni bertujuan untuk membanteras gejala tidak bermoral dan maksiat terutamanya perbuatan zina yang berleluasa terutama ketika sambutan tahun baru dijalankan.

tugas kami ialah mengedarkan risalah agama di tempat-tempat awam dan menampal poster-poster berkaitan di kawasan-kawasan yang sering kali menjadi tempat tumpuan berlakunya gejala tidak bermoral. ia merupakan pendekatan dakwah yang aku kira ringan dan sesuai dengan golongan remaja masa kini.

sabak bernam bukanlah pekan yang luas. bahkan sambutan tahun baru juga tidak pernah dijalankan di daerah ini (seingat aku la). jadi, ini merupakan cabaran kepada kami untuk mengedarkan risalah-risalah kepada umum. pening jugaklah nak habiskan semua risalah dalam satu malam.

perasaan segan dan takut pun ada sebenarnya nak edarkan risalah ni. yela, jumpa orang tengah makan tiba-tiba kita datang bagi risalah. jumpa orang lepak, kita pun singgah bagi risalah. mula-mula cuak jugak tapi lama-lama tu seronok pulak.

dengan ini, harapan aku agar matlamat program ini dianjurkan dapat dicapai. semoga permulaan tahun baru ini merupakan permulaan tahun baru yang bermakna terutamanya kepada penduduk daerah sabak bernam. insyaAllah...

4 comments:

  1. aku bangga mempunyai kawan seperti ko...haha

    ReplyDelete
  2. wahh awk pegi sbk bernam ea..kampong sy tu..so mcm ne??byk x maksiat??huhu sobks3

    ReplyDelete
  3. @ruby zaizi sy mmg org sabak bernam.. Alhamdulillah, kawasan sabak kurang sangat. tapi remaja2 lepak adela. tapi tak taulah sg bsr n tmpt2 lain.

    ReplyDelete