Thursday, January 13, 2011

penyelidikan tindakan...

Assalamualaikum...

praktikum belum pun bermula tapi hari-hari cerita pasal penyelidikan tindakan lah, kajian tindakan lah, AR lah, action research lah. ok semua tu benda yang sama je. macam lecturer aku cakap penyelidikan better than kajian. nampaklah high standard sikit. hehe...

hari ini kuliah gabungan lagi. kali ni dengan dr choong lean keow. kuliah bermula agak kelam kabut. dengan lcd tak ada dan microphone entah ke mana. aku takut jadi macam kuliah petang semalam. malas nak ceritalah buat malu aku je jadi cikgu. adeh~

sedikit demi sedikit aku dah mula nampak perjalanan aku semester ini. apa itu penyelidikan tindakan dan apa yang perlu buat untuk permulaan ni. kualitatif kuantitatif... benda ni la yang buat aku pening. haha... risau jugak tapi Alhamdulillah sebab pensyarah pembimbing aku kali ini boleh dikatakan best la. (en. roslan)

tadi ingat nak jumpa pensyarah berkenaan AR ni tapi pensyarah tu tak ada. nasib baik jumpa en.muaz (pensyarah matematik juga). jumpa dia cerita pasal AR lagi. macam-macam buku beliau berikan. entah bila aku nak baca pun aku tak tahu.

ok lah... action research atau penyelidikan tindakan yang aku faham adalah satu bentuk kajian atau bentuk penyelidikan untuk mengkaji amalan pengajaran kita (guru) di dalam kelas. skop dia taklah luas sangat macam tesis kat universiti. lagipun kami buat ni dalam masa beberapa bulan je. benda ni fokus kepada guru di sekolah bagaimana nak tingkatkan prestasi murid. samar-samar kan sebab aku main taram je..

thats all. goodluck with my action research and goodluck for my final year in ipg. huhu... lots of memory here...

4 comments:

  1. @LiLytak tau lg la.. sbb td nk jmpe en lan dia xde plak.. sbb ada bnde x cnfrm lg... so kne tnye pnsyrh pmbmbing dulu la..

    ReplyDelete
  2. @aleen aiden bukan2.. bnde ni lebih kepada kajian. kalau asaimen tu tak payah kaji-kaji. buat je cari maklumat jwb soalan. tapi yg ni kte kne pegi skola amek bbrpa org murid jd responden. buat survey. amek data. analisis data. buat laporan. bnykla bnde nk wt... hehe. berminat ke?

    ReplyDelete