Tuesday, January 11, 2011

anda ketawa? fikirkan kembali...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberikan nikmat kehidupan dan dapat menghirup oksigen yang dikurniakan oleh Allah tanpa meminta sebarang bayaran. bila cakap bayaran ni memang satu perkara yang agak sensitif sejak akhir-akhir ni. biasalah semua barang naik harga. ok habis dah bab jiwang aku tu... semoga aku tak tersasar. huhu...

ingatlah bahawa segala kesenangan dan kebahagiaan hidup tu nikmat daripada Allah untuk hambaNya. jadi kita yang masih mampu mengecapi nikmat tersebut sama-samalah bersyukur dan memuji Ilahi. sekiranya salah satu nikmat tu hilang, tawarlah teh O ais tanpa gula, berbasikal semua orang akibat ketiadaan minyak petrol dan makanlah ikan kukus hari-hari akibat ketiadaan minyak masak.

tengoklah, baru sedikit nikmat yang ditarik oleh Allah tapi berubah terus kehidupan kita seharian. jadi ambillah iktibar dari segala yang berlaku. sesungguhnya setiap yang berlaku itu pasti mempunyai hikmah disebaliknya.

hari ni sempat mengikuti pengajian selepas maghrib di surau berdekatan rumah sewa baru. tajuk yang dibawakan mengenai satu hadis qudsi berkenaan jangan berlaku zalim kepada diri sendiri dan orang lain.

kuliah tak dapat dihabiskan namun aku tertarik pada satu perkara yang dibawakan oleh ustaz tersebut. "kurangkan ketawa, dan banyakkan menangis". Allah... hari ni berapa banyak aku ketawa? dan berapa banyak pula aku menangis?

firman Allah SWT melalui surah an-Najm yang bermaksud: "maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

zaman sekarang ni kalau cakap pasal program lawak siapa tak kenal lawaking, oh yeah, senario dan macam-macam lagi. tu belum filem-filem di pawagam. kalau filem lawak ni memang tengah laku sekarang ni. aku pun terpengaruh dengan benda ni. memang kelakar siap ulang-ulang lagi lawak yang sama. setiap kali ulang tu gelak lagi. Allah...

tu belum cerita bentuk hiburan yang membiak ibarat cendawan selepas hujan. macam-macam program hiburan seperti jom heboh nya, mentor nya, akademi fantasia nya. macam-macamlah kalau buka tv tu mesti ada je benda baru. sampai tak larat nak tengok satu-satu.

baiklah, aku pun tak nak cerita panjang lagi sebab ini je yang terlintas dan dapat aku share dengan kawan-kawan semua. jadi sama-samalah kita merenung kembali kehidupan kita sepanjang 24 yang kita habiskan hari ni... adakah semakin lama kita semakin takut kepada Allah atau sebaliknya. fikir-fikirkanlah...

6 comments: