Thursday, February 3, 2011

praktikum 3: sk bota kanan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. baru terasa nak menulis mengenai sekolah. semalam masih teruja nak online akibat kesusahan mencari akses internet di sana.

ya... tempat praktikum terkini aku ialah di sk bota kanan. terletak berdekatan pekan bota kanan dan jarak dari bandar ipoh sejauh lebih kurang 1 jam perjalanan.

gambaran awal mengenai sekolah dan warganya amat-amat memberangsangkan. guru-guru kebanyakannya veteran namun layanan kepada kami guru pelatih yang baru-baru ni memang sangat-sangat baik. terharu aku dengan layanan mereka. murid-murid pula kelihatan sangat comel dan mungkin lebih mudah dikawal kalau nak dibandingkan murid-murid di kawasan pekan/bandar. tak sabar pulak rasanya nak masuk kelas hari isnin ni. 

satu perkara yang pasti menjadi ingatan dalam kotak memori aku di sekolah ini ialah penggunaan dialek 'parit' yang amat ketara dalam kalangan murid-murid di sini.

"nak kemanei?"

"samei lei..."

tu belum bahasa-bahasa pelik macam 'telayor: tali air', 'meghoon: merokok', 'satu.. duei.. tigei... empat.. limei..." dan macam-macam lagi la yang mungkin aku pelajari dalam tempoh 3 bulan akan datang.

guru pembimbing untuk kedua-dua subjek pun nampak sangat-sangatlah proaktif dan amat-amat membantu lebih-lebih lagi untuk aku yang masih bertatih untuk menjadi seorang guru ni.

subjek untuk diajar adalah matematik dan bahasa inggeris. kedua-duanya untuk kelas tahun 3. kali pertama aku memgang kelas darjah 3. kalau sebelum-sebelum ni aku mengajar murid-murid darjah 4 dan 5. tahap pemikiran lebih matang. tapi untuk praktikum terakhir terasa ingin mencuba tahun 3. harap-haraplah tiada masalah. huhu...

baiklah, tak banyak yang aku nak kongsikan tapi harapan aku agar praktikum terakhir ni akan berjalan lancar dan segala tugasan yang diberi dapat aku siapkan. disamping itu, sepanjanga tempoh tiga bulan di sini aku berharap sangat aku perolehi sebanyak mungkin ilmu-ilmu baru berkaitan keguruan. insyaAllah...

11 comments: