Monday, March 14, 2011

mood bercuti... ekeke~

Assalamualaikum...

dah lama tak update blog ni. maklumlah susah nak dapat internet. minggu ni minggu cuti, duduk rumah dan layan internet sampai tak larat. hoho~

minggu lepas kat sekolah memang minggu yang penuh dengan kejutan buat aku. selamat menjadi pengacara majlis mesyuarat pibg sekolah. dapat pujian jugak tu yang aku tak tahan tu (bangga diri kejap).

hari rabu ada observe dengan guru pembimbing untuk subjek bahasa inggeris. adeh~ lemah betul aku bab-bab bahasa ni. tapi dapat borang penilaian daripada cikgu tu buat aku lagi sekali terkejut. macam markah guru cemerlang. huhu~~

hari jumaat lagi terkejut. pagi tu la kami satu rumah bangun lambat. pagi tu jugak ada pensyarah bahasa inggeris datang observe mengejut. Alhamdulillah.. nasib baik hari tu aku dah ready buat lesson plan sekali dengan alat bantu mengajar. pensyarah tu cakap "i wanna see your true colour". syukur sangat-sangat sebab aku dah sedia.

hari sabtu dan ahad aku balik ipoh sebentar buat assignment yang dah tertangguh buat sekian lamanya. huhu... hari ni baru sampai rumah untuk bercuti.

tu je... sekian. wassalam...

2 comments: