Tuesday, June 14, 2011

bergegar bumi medan...

Assalamualaikum...

tak sempat nak cerita pengalaman sewaktu di medan, tangan aku terasa gatal nak menaip untuk menunjukkan rasa syukur aku.

pagi ni aku bangun pagi macam biasa. lepas subuh tak ada rasa nak sambung tidur macam selalu tu. huhu.. pergi sarapan dan naik atas untuk online sebentar. 

terdengar kecoh-kecoh kat bawah rupanya mak tengah bersiap-siap dengan bapak dan adik untuk ke hospital. mak dan bapak keluar untuk temankan adik nak x-ray untuk sambung belajar. waktu tu keadaan dah mula mendung. nampak gayanya akan hujan lebat.

aku turun sebentar untuk melihat. mereka pergi ketika hujan lebat dan angin yang kuat membawa daun-daun pokok masuk ke dalam rumah.

lepas tu terus masuk rumah. ketika tu lah aku rasa lain macam je goyang rumah aku ni. dalam otak aku hanya fikirkan mungkin angin yang kuat. tapi kenapa sampai bergoyang semuanya. ada jugak terfikir gempa tapi oleh kerana ketika itu hujan lebat aku buang je perasaan tu jauh-jauh.

sunset di danau toba

tapi baru tadi terbaca di berita harian, "gempa 5.9 magnitud gegar sumatera utara". wah... terkejut aku. syukur sangat-sangat aku dan rakan-rakan dah balik daripada bercuti di medan (sumatera utara). kalau tak, tak tahulah apa nasib kami.

syukran ya Allah~

4 comments:

  1. alhamdulillah.. allah tu masih sayang kat kamu.. :)

    ReplyDelete
  2. teringat dulu mase sekolah mase kitorang form5 la, senior punye batch da klua, hostel pokok2 bergoyang2 tengah malam..perghh terbaik kot pengalaman tu~

    ReplyDelete
  3. Itu sebenarnya peringatan Allah kepada manusia...:D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. syukur.. biar semua org beringat kn..

    ReplyDelete