Saturday, October 8, 2011

aku bajet bagus!

Assalamualaikum...

semoga semua sihat belaka. hari ni ada pembentangan bajet 2012. orang pandang bajet ni bajet pilihanraya. yeke? hurm.. entahlah... petang tadi ingat nak tengok pembentangan bajet keseluruhan tapi bila pm najib start je bentang terus lena. haha...

tapi lepas tu adalah jugak dengar-dengar isi bajet 2012 kat tv. biasalah kat tv semua nampak bagus tapi aku rasa nothing special la.. sorilah cakap walaupun aku ni bukan penganalisis politik dan ekonomi aku tak nampaklah benda yang menarik dalam bajet yang dibentang tu.

antara yang aku dapat tahu pencen wajib umur 60 tahun. fuh... kalau aku mula kerja jadi cikgu tahun depan umur baru 24 tahun bayangkanlah nak mengadap budak-budak lagi 36 tahun. cikgu je tahu tekanannya macam mana. huhu... yang tak tahan tu termasuk dalam berita 'gembira' untuk penjawat awam. ok~ aku tak kata pun aku tak gembira kan?

bonus 1/2 bulan gaji untuk kaki tangan awam. yang ni orang swasta banyak tak puas hati. aku pun tak faham kenapa. aku rasa gaji orang swasta lagi tinggi kalau nak ikutkan kelayakan masing-masing berbanding kerja kerajaan. lagipun bonus pekerja swasta tak mainlah setengah-setengah ni. so kena belajar bersyukur. bukan diorang bagi setiap bulan bonus ni, paling kuat masa raya. 36 tahun kerja beb!

bantuan rm100 kepada pelajar tahun 1 sampai tingkatan 5. mula-mula dengar ni aku rasa 'wow!' banyaknya nak bagi tapi bila fikir-fikir balik bukan bagi rm100 tu sebulan tapi setahun. setahun..... sekali lagi... still kena bersyukurlah kan?

kalau dari aspek perbelanjaan untuk pembangunan dan pengurusan tu aku tak berani nak komen sebab selama ni pun memang keluar angka-angka yang berbilion-bilion tapi sejauh mana penggunaannya aku masih tak jelas. so malaslah nak lebih-lebih bajet pandai. bajet... haha.

ok la ini sekadar luahan hati je sebab aku bukanlah reti sangat bab-bab analisis ni. kita tunggu dan lihat je la apa akan jadi. 36 tahun beb! =)

7 comments:

  1. klau pencen awal tak blh ke pakcik?huhu

    ReplyDelete
  2. owh..jp g la call pak jib..haha

    ReplyDelete
  3. besela kalau dalam bajet mstila bagus.. sokong yang baik2...=)

    ReplyDelete
  4. allin... nak bersara awal boleh, tapi dalam tempoh beberapa tahun tak dapat la duit pencen tu. contoh, umur bersara wajib 60 tapi kita nak bersara 54. so dalam tempoh 6 tahun tu kita tak dapat la duit pencen. kena guna KWSP je la

    ReplyDelete
  5. en yudin: sblm plhn rye msti la bajet yg bgus2..tp lps plhn rye tgok la mcm mne nt..huhu

    kak ainul: tp lme kot 60 tu..huhu..dh ade cucu pn kt skola lg..hehe

    ReplyDelete
  6. nanti kat sekolah cikgu2 dh pgkat datuk n nenek yg banyak.. hehe

    ReplyDelete