Wednesday, March 21, 2012

entri berhabuk

Assalamualaikum....

hai blogger... apa khabar blog aku ni? sihat ke? adeh... ni memang betul namanya blog berhabuk. berbulan-bulan tak update. Alhamdulillah ambil kesempatan dalam kesempitan dapat jugak update.

hampir 3 bulan bergelar 'cikgu' di sebuah sekolah di sebuah kampung ibarat kampung bunian di tengah hutan. sk long busang, belaga, tak jauh mana pun. cuma 12 jam perjalanan ke bandar terdekat. 4 jam trak 8 jam bot ekspres.

ajar murid-murid kenyah. siaran tv indonesia yang kebanyakan mereka pakai. ajar mata pelajaran bahasa inggeris. mencabar tapi bukan penghalang. insyaAllah.

semua cukup. air, elektrik, internet. line telefon je tak ada. tapi syukur juga sebab masih boleh mencari line telefon di kilang berdekatan. tak jauh pun, cuma 1 jam setengah perjalanan balak sekali perjalanan. pergi balik baru 3 jam.

seronok kat sini. ikan besar-besar. macam-macam jenis ada. labang, baung, sebarau, empurau, semah, dan banyak lagi yang aku pun tak tahu namanya. bolehlah memancing untuk hilangkan bosan.

nak sayur orang kampung ada jual, tanam sendiri cili, ulam-ulam ada, kangkung ada. macam-macam ada. nak makan rusa pun boleh, pesan je dengan orang kampung. pendek kata nak makan tak ada masalah kat sini.

sekian entri pendek dari aku. entri penyedap hati pengubat rindu penguat syukur padaNya.

3 comments:

  1. jge dri..ALLAH sntiasa ade bersama..:-)

    ReplyDelete
  2. Sila cuci blogger anda dgn air, makan hilanglah habuk hehe

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yang mahal ni. Selalu la update boleh baca :)

    ReplyDelete