Monday, October 12, 2009

potong kuku

adeh... lupe lagi nak potong kuku. sedar2 dah panjang.
nk potong malam2 x elok pulak.
aku mula terfikir,
selama ni btol ke cara aku potong kuku?
apa kelebihan memotong kuku?
pnah dgr cara nk potong tp dari segi amalan tu x pnah konsisten.
ok lepas ni kita sama2 igt blk cara terbaik memotong kuku dan waktu2 sepatutnya kita potong kuku.
mungkin ada diantara anda yang dah arif mengenai perkara ini, namun x salah rasenye kalau aku bagi peringatan

ok, to make it simple, lets us see the sequence to cut our finger nails


ok.... jelas?
lepas ni aku nk bg info sket psl hari yang sesuai or x sesuai nk potong kuku.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

ok... kalau kita tengok kat hadith nabi di atas, kita dapati yang hari2 yang sesuai utk kita potong kuku adalah pada hari isnin, khamis dan jumaat.
Rasulullah dah memberi panduan kepada kita macam mana nak potong kuku dan masa yang sesuai nak potong kuku. lepas ni janganla nak potong kuku tak tentu pasal dan x ikut masa. sekurang2nya kalau kita ikut sunnah nabi amalan kita ni diterima oleh Allah sebagai ibadah.
banyak hikmah yang boleh kita ambil disebalik sesuatu perkara berdasarkan sunnah2 nabi.

sebagaimana yang kita tau, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. amalan memotong kuku juga merupakan salah satu daripada aspek kebersihan yang perlu ditekankan oleh umat islam. oleh itu, beringatla ye kawan2.

aku berharap lepas ni aku lebih peka menjaga kebersihan diri dan berdoa agar amalan aku ni diterima sebagai ibadah. insyaAllah~~

No comments:

Post a Comment